Wednesday 13 May 2015

Parti IKATAN


Terima kasih diucapkan kepada yang bertanya saya tentang parti baru IKATAN yang telah diasaskan oleh YBhg Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil.
Saya ditanya samada saya masih bersama dengan parti baru ini atau pun tidak kerana yang bertanya itu memberitahu saya bahawa dia ada dengar2 khabar bahawa parti baru ini akan dilancarkan pada hari khamis ini iaitu 14hb Mei 2015.
Jika saya masih bersama, beliau ingin tahu bagaimana hendak masuk ahli.
Saya terus menjawab bahawa saya tidak lagi bersama parti ini.
Maka dengan ini, saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah tidak ada kena mengena lagi dengan parti baru ini kerana YBhg Tan Sri Presiden parti IKATAN masih lagi gagal melantik Pengerusi Perhubungan untuk negeri Kelantan sampai hari ini walau saya sendiri pun telah mencadangkan beberapa orang tokoh kepadanya.

Saya juga tidak lagi tahu menahu apa2 tentang parti ini. 
Pada mulanya beliau hendak melantik saya sebagai SU Kerja Pusat dan memanggil saya kerumahnya di The Mines tetapi menukar keputusan untuk meletakkan saya di perhubungan negeri Kelantan jika sekiranya ada tokoh yang sesuai untuk ditawarkan jawatan Pengerusi Perhubungan.
Sekian sahaja sedikit makluman dari saya (tanpa prejudis).
Salam.
— with Kak Lah and 19 others.

No comments:

Post a Comment