Saturday 9 May 2015

Kuasa Ekonomi -->> Kuasa Politik -->> Kuasa Ekonomi -->> Kuasa Politik

Kuasa ada dua jenis.
Satu kuasa politik.
Satu kuasa ekonomi.
Di negara kita kuasa politik boleh diperolehi dan hidup hanya melalui kuasa ekonomi terlebih dahulu.
Selepas itu kuasa politik yang diperolehi itu boleh mengekalkan atau menambah lagi kuasa ekonomi seseorang pemimpin itu sekaligus menambah lagi juga kuasa politiknya.
Inilah kepercayaan dan amalan yang sedang subur tumbuh di Malaysia.
Sebab itulah di Malaysia sekarang,
semua isu dan semua skandal berkait rapat dengan kuasa ekonomi atau wang.
Kuasa politik bukan menjadi keutamaan.
Begitulah di mana2 pun dalam dunia ini sejak dari dulu lagi.
Orang yang banyak wanglah yang berkuasa dan disegani dalam sesebuah kawasan atau kampung.
Rumah besar.
Kereta besar.
Bergelar pulak.
Itulah modal asas untuk menjadi seorang pemimpin politik.

No comments:

Post a Comment