Wednesday 13 May 2015

Lim Kit Siang vs Hudud PAS Kelantan


Dalam isu LKS mari Kelantan dan menyampaikan ceramahnya tentang hudud,
bagi saya LKS tidak boleh dipersalahkan.
PAS Kelantan pun tidak boleh dipersalahkan juga.
Yang patut dipersalahkan ialah tuan rumah negeri atau ketua negeri iaitu MB.
Beliaulah yang harus dipertanggungjawabkan jika sekiranya kedatangan LKS ke Kelantan untuk bercakap tentang hudud dirasakan salah.
Beliau harus ditanya mengapa LKS dibiarkan masuk dan bercakap atau menyentuh isu kepunyaan dan hak eksklusif kerajaan negeri itu.
Secara peribadi,
saya yakin MB Kelantan sudah tahu dan sudah bersedia menjawabnya.
Mungkin orang tidak tahu LKS telah banyak membantu kerajaan negeri Kelantan kerana kerajaan negeri sering menghadapi banyak masalah kewangan dalam menguruskan pentadbirannya.
Sudah tentulah apabila sudah banyak termakan budi,
orang yang menyumbang itu menjadi bebas sehingga tuan rumah pun tidak mampu berbuat apa2 walau urusan rumah tangga pun dicampurinya.
— with Kak Lah and 17 others.

No comments:

Post a Comment