Tuesday 19 May 2015

Kak Lah dan PEWANI Selatan Thailand


Makluman Khas :
Kepada Mereka Yang Berkenaan.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kak Lah tidak terlibat secara langsung dengan sebarang jawatan perlantikan dalam Persatuan Warisan Sri Patani atau PEWANI Selatan Thailand.
Walaupun diawal penubuhan persatuan ini terdapat ura-ura cadangan pada mulanya hendak melantik beliau sebagai Penasihat pertama persatuan namun perlantikan tidak boleh dibuat kerana Kak Lah bukan rakyat negara Thailand.
Oleh itu, anggaplah apa sahaja sumbangan samada dalam bentuk buah fikiran atau kewangan yang telah dihulurkan olehnya setakat ini kepada PEWANI sebagai sumbangan silaturrahim semata-mata termasuk jugalah kehadirannya apabila dijemput.
Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia yang dipimpinnya akan terus bergerak aktif dengan caranya sendiri selari dengan perlembagaan negara Malaysia dan juga perlembagaan pertubuhan membawa misi dan visi mencari ahli keturunan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Maka dengan itu silap faham ekoran dari terbitan saya yang terdahulu telah diperbetulkan semula.
Diharap terbitan ini menjelaskannya dan perkara perlantikan yang dimaksudkan itu tidak lagi menjadi sesuatu yang dipertikaikan dan mengganggu PEWANI.
Sekian sahaja dan terima kasih dari saya bagi pihak Kak Lah.

No comments:

Post a Comment