Thursday 14 May 2015

Sdr Wan Musa Al-Malbari dan Sukimi Lube


    diantara orang2 yang menjadi sahabat baik saya melalui perkenalan dalam FB
    mengenalinya sejak 4 atau 5 tahun yang lalu
    sangat baik orangnya
    lemah lembut (bukan pondan) percakapannya
    sangat menghormati kawan dan selalu memuliakan saya setiap kali saya ke KL
    kami semua sama sekepala
    termasuk sdr dee pasir mas
    sdr ir. mat kamil awang
    sdr ibrahim salleh dan semua yang lain2
    (tak mampu nak sebut semua di sini)
    sama2lah kita doakan semoga sdr wan musa atau red judge ini berjaya dan terus berjaya dalam dunia perniagaannya
    walaupun bermula secara kecil2an
    saya yakin dengan kecekalannya menghadapi segala cabaran dan rintangan
    beliau sebenarnya sedang meniti tangga kejayaan
    sudah tentulah lagi tinggi naik lagi penat kerana memakan tenaga dan masa serta fikiran
    syabas dan alhamdulilLah Sdr Wan Musa Al-Malbari
    — with Kak Lah and 14 others.
    Bulan ini bulan ke lima aku berniaga minyak enjin. Hidup semakin sibuk sekarang ini. Aku dah ada 18 workshop dah sekarang ini. Sales bulanan semakin meningkat. Sekarang ini aku buat sendiri dari "A" sampai ke "Z".
    Pergi beli minyak di kilang minyak Sukimi Lube, hantar ke workshop, kemaskini akaun jualan dan kutipan duit. Sekarang ini dah ada workshop mula telefon untuk tambah stock minyak. Sebelum ini aku kena layan mereka dulu baru mereka nak ambil minyak ni. Dengar keluhan mereka. Layan macam layan makwe. Dengar dan bersembang serta ketawa. Bukan mudah nak mendapatkan keyakinan mereka kerana minyak ini masih tidak popular. Sesetengah workshop tu aku pergi sampai tiga ke empat kali seminggu. Nak tunjuk muka. Nak bagi mereka biasa dengan muka aku. Nak tunjukkan commitment. In a nutshell, macam layan makwe yang dicintai lah.
    Mereka janji nak bayar ke, mereka tak janji ke, sampai masanya aku sampai. Mereka bayar ke atau tidak bayar ke, kena tenang dan bersabar. Kepala otak duk fikir macam mana nak raise capital dan kembangkan ke workshop baru. Kena ikhtiar jugak untuk tambah workshop kerana jika ke semua workshop tak bayar duit dalam sesuatu minggu, maka tak boleh nak order minyak. So, bila ada banyak workshop, insya Allah, akan ada segelintir (jika tidak separuh) yang bayar. Jadi dapatlah buat rolling modal untuk beli minyak bagi tambah stock yang habis. Mereka akan bayar selepas ditambah minyak. So, akan tetap dapat duit jugak lah akhirnya.
    Aku sekarang ni masih tidak ambil gaji lagi. Sekarang ni masa memberi dan terus memberi. Tak boleh nak ambil. Buat masa sekarang ni, tak de konsep "Give and take". Konsep sekarang "Only give and never take". Insya Allah, bulan October ini aku akan buat syarikat sendirian berhad dan mula ambil sedikit gaji.
    Target aku bulan ini untuk dapatkan sebanyak 32 workshop dengan nilai jualan mencecah lima angka. Collection duit masih di tahap empat angka lagi. Insya Allah, penghujung tahun ini ia akan mencecah enam angka nilai jualan bulanan. Jualan keseluruhan sehingga penghujung tahun ini lebih sedikit RM500,000. Aku jangkakan nilai jualan untuk tahun hadapan sebanyak sekurang-kurangnya RM2.5 juta.
    Nampak macam senang. Tapi ia cukup menggerunkan. Cabaran paling besar adalah bermula bulan October nanti, insya Allah. Iaitu bila aku mula ambil salesmen. Nak urus pekerja ni is the hardest. Nak suruh mereka buat sales mudah tapi bab kutip bayaran agak mencabar kerana ada salesman syarikat pesaing aku yang songlap wang kutipan ini. Margin keuntungan terlalu kecil. Sekali dia songlap satu kutipan, boleh rugi satu bulan jualan.
    Tingkah-laku foremen workshop ni aku dah faham serba-sedikit. So, boleh lah nak dikongsikan dengan pekerja nanti. Ada sesetengah keadaan itu aku sendiri tak boleh nak kawal. Kerana kegerunan. Kegerunan mereka akan stop beli minyak aku. So, kena mengalah semaksima yang mungkin. Setakat ini ada beberapa workshop yang semacam nak stop order minyak ni. So, berbagai-bagai cara aku buat supaya mereka kembali order minyak ini. So, again, if I were to say this in a nutshell, it is like dealing with a moody girlfriend.
    If you are good at handling girlfriend, you can be in this line. Insya Allah, kalau masa interview salesmen nanti, antara soalan cepu emas yang aku akan tanya, "Do you have a girlfriend?", "How do you serve and handle her?".
  • Wan Malek up khas : sdr Radzi Wan Long COO Sukimi Lube, sdr amat membantu sahabat saya ini, saya yakin dengan kegigihan sdr Wan Musa Al-Malbari syarikat sdr pun mendapat manfaatnya juga
  • Wan Malek
    Write a comment...

No comments:

Post a Comment