Monday 2 March 2015

Sek Men Cherang Ruku (Semerak) Pasir Puteh Nombor 1 Dalam Kelantan STPM 2014

AlhamdulilLah dan syukur
setinggi2 tahniah kepada SMK Cherang Ruku Semerak
kerana kejayaan yang sangat besar dan diluar dugaan tahun ini
sekolah ini telah berjaya mencapai kedudukan nombor 1 dalam negeri Kelantan dalam keputusan STPM yang diumumkan hari ini
tahniah kepada seluruh pelajar2 yang telah lulus dengan cemerlang itu
tahniah kepada pengetua dan seluruh guru2 tingkatan 6 atas atau tahun dua pra-universiti tahun lepas
tahniah kepada PIBG yang dipengerusikan oleh YBhg Puan Wan Marzida Bt Dato Hj Wan Omar dan semua AJKnya
tahniah kepada 'ibu angkat' sekolah ini iaitu Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang terutamanya kepada YDP pertubuhan iaitu Puan Fadzillah Bt Hussin
tahniah dan tahniah kepada semua yang lain termasuk ibubapa kepada pelajar2 yang berjaya ini
tidak dilupai juga
YB Cikgu Zawawi Othman ADUN Semerak yang telah banyak memberikan sumbangan kepada sekolah ini
saya pun ada anak yang sekarang dalam tingkatan 6 atas di sekolah ini
semoga beliau mengikuti jejak langkah kakak2 dan abang2nya yang telah berjaya dengan cemerlang itu
semoga sekolah ini terus cemerlang walaupun berada di kawasan luar bandar
insyaAlLah

SEKOLAH ANGKAT PERTAMA PERTUBUHAN KETURUNAN PADUKA RAJA CIK SITI WAN KEMBANG MALAYSIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU, PASIR PUTEH, KELANTAN.
Sekolah Angkat Pertama, Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia telah memperolehi keputusan yang cemerlang dan terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu NO. 1 dalam negeri Kelantan.

senarai pencapaian stpm 2014 sekolah2 menengah dalam negeri kelantan
sebahagian daipada pelajar smk cherang ruku 2014 yang telah memecahkan rekod keputusan stpm 2014 sebagai sekolah no.1 dalam negeri kelantan bersama pengetua dan guru2 mereka
setinggi2 tahniah

No comments:

Post a Comment