Sunday 29 March 2015

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK dan JKM

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK Cherang Ruku (Semerak) :-
Sekarang AJK PDK ini telah dipengerusikan oleh orang baru sejak lebih kurang sebulan yang lepas kerana pengerusi dulu meletakkan jawatannya disebabkan beliau sudah pindah jauh dari Semerak.
Pengerusi yang baru mengambilalih jawatan ini dikatakan boleh membawa PDK ini jauh kehadapan kerana beliau ialah pengerusi JKKKP.
Ibubapa pelatih dan juga pihak JKM serta orang ramai Semerak sudah tentu mahu melihat apakah kemajuan yang akan dibawa oleh pengerusi baru ini.
Mampukah pengerusi baru ini mengubah kedudukan tercorot PDK ini kepada satu kedudukan yang lebih baik?
Sama2lah kita nantikan.

Jika gagal,
saya ingin mencadangkan supaya pengerusi asal atau pertama mengambilalih semula jawatan ini kerana pada masa beliau dulu agak memuaskan semua pihak walaupun beliau bukan dari JKKKP. Banyak program berfaedah telah berjaya dilaksanakan termasuk lawatan sambil belajar ke negeri2 luar Kelantan untuk pelatih2 PDK ini.
Dalam mesyuarat AJK yang lepas itu,
terdapat tiga lagi perkara yang menarik perhatian saya.

Pertama ialah berkaitan dengan premis yang hendak disewa di tempat lain apabila premis sekarang akan dikosongkan nanti.
Ketegasan wakil JKM supaya premis yang hendak disewa itu hendaklah bukan milik mana2 AJK PDK adalah sangat dipuji.
Dengan itu,
cadangan supaya PDK ini dipindahkan ke bangunan kepunyaan salah seorang AJK tidak dapat dipersetujui oleh wakil JKM.
Semoga ketegasan dan 'acountability' wakil JKM ini terus menjadi amalan selagi syarat ini dikuatkuasakan oleh JKM sendiri.

Kedua ialah berkaitan dengan rekod kewangan apabila buat pertama kalinya didedahkan kedudukan kewangan PDK yang sebenar kepada AJK.
Jumlah lebihan wang yang ada dalam akaun ialah lebih kurang RM50 ribu.
Wakil JKM telah menasihatkan supaya peruntukan ini hendaklah digunapakai dan dimanfaatkan bukan disimpan. 
Ketiga ialah berkaitan dengan elaun pelatih2 dimana wakil JKM telah mengarahkan Penyelia PDK supaya pembayaran dibuat melalui akaun bank dan dibayar tepat pada waktunya, bukan secara tunai..
— with Wan Ramli Wan Ibrahim and 5 others.

No comments:

Post a Comment