Sunday 15 March 2015

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 26

susulan kepada artikel dalam blog saya bertajuk 'PRK DUN N06 Chempaka - Siri 25' :
sememangnya PAS dilihat 'complacent' pada masa ini
UMNO pula sekadar tunggu dan lihat kerana parti ini seolah2 berkecuali
sebab itulah suasana PRK DUN ini sangat tenang dan aman
oleh itu
jika PRK ini menjadi PRK paling bersih dan aman dalam sejarah
ianya disebabkan faktor ini
walaupun ada orang kata ianya disebabkan faktor DUN ini ialah DUN TGNA
PAS mungkin menganggap pilihanraya kali ini tiada 'fight' baginya kerana musuh tradisinya ialah UMNO
bukan dari calon2 yang tidak berparti
saya pun bersetuju dengan anggapan dan sikap yang diperlihatkan oleh PAS ini
walau bagaimana pun
itu bukanlah sesuatu yang saya ambil sebagai yang paling penting secara politiknya
calon2 bebas tidak menerima tentangan yang kuat daripada PAS bukan kerana mereka calon bebas
sebenarnya PAS mengharapkan calon2 bebas yang bertanding itu masuk PAS selepas ini 'kalau pun' salah seorang dari mereka menang
perkara seperti ini tidak mustahil dalam politik
calon2 bebas sudah tentu bebas membuat pilihan mereka selepas ini
sebab itulah dalam sesi sidang akhbar Kak Lah semalam
beliau pun ada berkata di hadapan wartawan2 bahawa
beliau bersedia ditawarkan menyertai mana2 parti jika sekiranya beliau menang
jika PAS yang ajak
Paslah yang akan belaiu masuk
jika UMNO yang meminta beliau buat rayuan
UMNOlah yang akan disertainya semula
jika kedua2 parti ini diam
beliau tiada masalah kerana beliau akan tubuhkan sebuah parti baru
parti barunya ini akan dinamakannya sebagai 'Parti Bumi Rahmat' atau 'BuRah' atau 'Rahmat'
jika saya calon PAS di Chempaka
saya akan membiarkan sahaja Kak Lah menang supaya ketokohan memimpinnya bertambah dalam PAS
selain daripada itu
kerajaan negeri tidak sedikit pun terjejas jika hanya seorang sahaja calon bebas menang
apa lagi jika selepas menang
beliau akan masuk PAS pula
inilah 'seni' politik yang halus
sama seperti 'seni' silat atau 'seni' masak memasak atau 'seni' jahit menjahit

No comments:

Post a Comment