Monday 9 March 2015

Pemandu Bas Kutip Wang Tambang Tapi Tiket Tiada Diberikan

baru2 ini saya naik bas skmk dari gua musang nak balik ke rumah
saya terpaksa naik bas yang bertolak dari sana jam 5.30 petang dan bas itu ialah bas henti2 yang masuk chiku 1 dan keluar ikut chiku 2
nak naik bas ekspres jam 5.00 petang terlepas
bas yang saya naik ini sampai kuala krai lebih kurang jam 7.45 malam
baru saya tahu mengapa skmk selalu rugi
pemandunya berjalan atas bas sebelum bertolak kutip duit tambang
masa saya naik itu ada lebih kurang separuh penumpang yang turun di pelbagai tempat sepanjang jalan
yang menjadi perhatian saya ialah
pemandu itu tidak langsung mengeluarkan tiket kepada penumpang
tambang saya sendiri RM12.00
saya tak tahulah kot2 bila balik rumah dia tekan mesin tiket dan keluarkan tiket2 itu untuk anak2nya bermain
apa pun
saya yakin amalan kutip wang tambang tetapi tidak mengeluarkan tiket adalah salah dari segi undang2 spad
selain kompeni bas pun rugi

No comments:

Post a Comment