Thursday 26 March 2015

Kak Lah dan Pertubuhan Keturunan Paduka Raja CSWK


Pada 26hb April 2015 nanti
YM Tengku Seri Nara Utama (DR) Fadzillah Bt Hussin atau lebih dikenali sebagai Kak Lah​ akan bertolak ke Bali untuk menghadiri satu perhimpunan Raja-Raja dan Gabenor Nusantara bersama YBhg Prof. Dato' Dr Ramlah Adam dari UniMEP.
Kak Lah mewakili Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan  Kembang Malaysia yang selepas ini akan bertukar nama kepada Persatuan DiRaja Warisan Cik Siti Wan Kembang dimana YBhg Dato' Rais Yatim sebagai Penaungnya.
Pada 9hb Mei 2015 pula Kak Lah akan ke Pattani menghadiri perjumpaan dan program hari keluarga Kerabat Pattani.
Diantara lain-lain program ialah pada 4hb dan 5hb Mei 2015, Kak Lah di Johor Baharu menghadiri majlis Chun Te Fo Ker bersama MB Johor.
Pada 15hb Mei 2015, Kak Lah di Subang menghadiri program Dirgahayu Warisan Kehormat bersama YBhg Dato' Rais Yatim.
Pada akhir bulan, Kak Lah ada temujanji dengan Dewan Bahasa dan Pustaka berkaitan dengan pelancaran buku Cik Siti Wan Kembang Merentas Zaman.
Semoga segala urusan berjalan lancar dan Kak Lah diberikan kesihatan sepanjang masa.
Sama-samalah kita ucapkan syabas kepadanya kerana walau pun kalah dalam prk dun chempaka baru2 ini, Kak Lah tidak sedikit pun membiarkan kekalahan itu memberikan sebarang kesan keatas pertubuhan yang dipimpinnya itu. Beliau tetap seperti biasa betenaga meneruskan aktiviti-aktiviti pertubuhan sepertimana yang telah dirancang.
AlhamdulilLah.

No comments:

Post a Comment