Friday 13 March 2015

PRK DUN N06 Chempaka - Siri 16

BUMI SAKIT
Kita nak selamatkan tanah air dari TAKSUB, EKSTRIM, FANATIK. Eratkan
silaturrahim sesama Islam dan berbilang bangsa, dan erat. fanatik, ekstrim dan
taksub bukan sifat islam dan sangat salah dan syirik, maka jangan jadi seperti
Acheh, ini peringatan kepada manusia terutamanya negeri Kelantan, kita mahu
Islam meliputi tanah, air, api, angin, bukan Islam kulitan, dalam kosong. Rakyat
mudah ditipu, kalau kosong, rakyat nampak kulit sahaja, isi dalam tak ada, kesian
rakyat.
Saya secara peribadi tak tahu nak balas jasa dan budi pada kerajaan. Saya terharu
di atas apa yang kerajaan buat pada rakyat, macam-macam kerajaan buat pada
rakyat. Dari kecil sampai umur 55 tahun saya dibesarkan di tanah bumi inilah,
semua buku sekolah, segala asas, semua…..kerajaan inilah. Tidur malam tak
pernah saya dengar bom. Bangun pagi saya dengar bunyi burung memberitahu
sesuatu.
Mandi sambil menyanyi, dapat lihat monyet, pergi pasar cari sedikit makanan,
lauk untuk dimasak, tak siapa yang melarang tapi bila ku berhenti dikedai kopi
umatmu Allah membaca surat khabar, bila sebut kerajaan, mereka kata, gila
kerajaan ini, saya pun makan juga sampai habis, sambil tersenyum,
eemmhh…oohhh…dalam hati. Kerajaan buat benda yang baik untuk rakyat
dikatakan gila, kenapa umat mu sekarang ini jadi demikian.
Saya sedih, saya tak pernah puji dan bangga pemimpin, tapi saya puji dasar dan
tanggungjawab kerajaan saya, saya sayang kerajaan saya, saya sayang tanah air
saya, saya bangga Malaysia negara saya. Saya bangga warisan tok nenek moyang
saya. Saya selalu berdoa semoga Allah jaga negara saya, jangan dilaknat oleh
anasir-anasir yang jahat, dikhianati oleh pemimpin dari umat Mu sendiri yang
mengguna nama Mu ya Allah. Kenapa umatMu ya Allah sudah tak tahu mana yang
gila dan mana yang siuman. Saya selalu bertanya kenapa umatMu malu. kenapa
umatMu tak sedar, kenapa pemimpin rosakkan dasar kerajaan Allah di bumi, tak
ada kerajaan langit atau kerajaan bulan atau kerajaan pentingkan kroni-kroni
kumpulan, rosaklah kerajaan yang saya sayang.
Dari kapal layar, menjadi Malay Union menjaga bangsa supaya BERSATU, jauh dari
komunis yang bersifat monopoli.
berjuang bangsa Melayu
berjuang agama Islam
berjuang menegakkan kebenaran
tapi telah lahir, seketul hati
yang tak puas hati dan Allah tak tercapaikan hasrat hati,
maka tercemarlah tanah air
dendam membakar kepanasan jiwa
dendam membakar dasar yang ada
dendam anak muda hilang pedoman
dendam segala yang baik jadi benggok
dendam yang bijak jadi bodoh,
dendam yang padah dipuji ke langit
dendam wang ringgit ditabur
dendam nafsu dibawa dan dijunjung
dendam hak aku bukan hak mu
dendam sudah tak kenal yang benar atau yang batil
jalan sudah sempit, jalan sudah habis
umno sudah penat di bumi kelantan ini
curahkan air ke daun keladi
sudah dipahat dalam hati sanubari, BN jahat
BN penipu, BN zalim.
Ya tuan-tuan, macam jual produk, parti politik sekarang, yang sana menipu, yang
sana kafir, yang sana tak pakai tudung, yang sana tak Islam. yang sana rasuah,
yang sana nak dapat projek sahaja, tapi yang sini Islam, yang sini warak, yang sini
soleh, imankan solat, yang sini pakai kopiah, yang sini pakai tudung, yang sini tak
tamak, yang sini bawa Islam, yang sini ada hudud, yang sini serambi mekah,
marilah yang sini ada syurga, yang sini tinggalkan dunia, yang sini untuk akhirat,
yang sini ada solat hajat, yang sini buat di stadium tempat orang main bola, yang
sini tak perlu pembangunan, ia lah produk dari satu bahan, dari mesin yang sama,
dari idea yang sama, dari sepakat yang sama, dari tempat yang sama, dari manusia
yang sama, dari telunjuk yang sama. Kedua-dua produk dikempen habis-habisan.
Masih tidur dikala burung-burung sedang menyanyi.
dibelai dengan pujian
dibelai dengan semangat
dibelai dengan gubahan-gubahan cadangan-cadangan
dibelai dengan kemewahan
tapi kenapa produk yang ada hampir luput
tapi kenapa produk yang dibaik pulih
di upgrade dan ditambah ditokok dengan wang ringgit
dibelai dengan projek
dan si punggok yang rindukan bulan
si punggok yang telah lama berbulan-bulan
si punggok asyik dengan bulan madu
selama hampir 30 tahun….lalai dengan bulan madunya
tertunduk lah malu
wahai punggok….ingatlah janjimu
akan ku pegang di hari depan mu
wahai punggok apa dah jadi
mana janjimu
mana Islam mu,?
inikah janji Islam mu negara kebajikan
mana kebajikan mu
Oh……. ada, dikala bulan gelap, dekat undian nanti kita terangkan dengan hulurkan
sekampit beras, sekilo gula, dan yang manis-manis. Maka si umat mu
oohhh……sedapnya gula-gula ini.
pesan tok guru si punggok rindukan bulan
semua umatmu rindukan mu wahai bulan
si punggok sihirkan dengan sekampit beras dan secebis gula.
Eeemmm….tinggallah produk yang satu lagi penat
menjual, penat promosi
berbagai-bagai gelombang direka
Akhirnya bergelombang dan bertambah gelombang, kerana apa ombak tsunami
politik kuat menghempas batu hingga batu bergoyang-goyah.Tetapi di kala umat
tidur di ulik gula-gula, maka si punggok bebas berterbangan, hinggap ke mana dia
suka.
Aku berkuasa, aku boleh buat apa saja, tetapi Allah Maha Kaya, Allah Maha
Mengetahui, Allah Maha Adil, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Berkuasa, Allah
Maha Bijaksana. Maka Allah selamatkan bumi Malaysia daripada manusia munafik,
manusia yang hati jahat. Tak kira siapa pemimpin, Allah akan menghisab diri, jika
diri dihisab, maka diuji habis-habisan. Kesabaran dan rahmat yang akan membawa
ke talian hayat dan disambung talian hayat untuk dibuktikan kebenaran mu, wahai
pemimpin. Maka saya sayang kerajaan yang ada,
sudah terbukti
sudah nyata
sudah nampak terang lagi tersuluh
sudah dijadikan contoh.
Maka saya bangga negara Malaysia
saya jaga warisan tok nenek moyang
saya jadikan idola diri sebagai bangsa Melayu
agama Islam agama rasmi negara
toleransi, hidup berbilang bangsa dan agama
kenapa nak ambik agama orang lain
sedang sudah diberi pilihan?
amalkan lah yang dipercayai
jangan diganggu hak orang lain
hidup mesti jujur
hidup mesti amanah
kelilingmu malaikat
menjaga dan mencatat gerak geri mu
semua agama akan dikira amalnya
yang terbaik agama Allah Taala,
Maka dengan merendah diri, saya ingin membalas budi baik dan jasa kerajaan
kepada saya kerana menjaga tanah air di bumi Malaysia. Saya hidup aman dan
damai tapi di Kelantan tanah air saya, saya sedih, rakyat sudah tidak tahu
berterima kasih dan bersyukur di atas apa yang kerajaan buat dan bagi.
Oohhh…saya sedih dan kecewa. Maka inilah hadiahku pada negaraku tercinta akan
ku tuntut bela keamanan dan kerahmatanmu. Ya Allah agar bumi ku kembali sihat
oleh taksub, fanatik, ekstrim, hilang baka baik jadi baka hampa. Maka saya dengan
lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya berjanji akan tuntut bela di atas kecuaian
jiwa rakyat Kelantan sekarang ini. Untuk kembali kepada allah dan tahu erti sayang
negara dan tahu bersyukur berada di Malaysia bumi bertuah, maka saya akan
pertegaskan bahawa, saya akan membawa rahmat kepada kerajaan dengan
merahmatkan bumi dengan kerahmatan dan barakahnya, demi agama Islam agama
suci dan bangsa ku juga bangsa dibumi iaitu manusia, amin. Maka saya tubuhkan
Parti Bumi Rahmat yang berlambang seekor kijang, kerana hak tanah pusaka negeri
Kelantan negeri Cik Siti Wan Kembang. Mak Bonda Paduka Raja Cik Siti Wan
Kembang, yang teramat mulia jasanya, maka tak akan dilupa pada kasut ini,
amin…wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment