Tuesday 17 March 2015

Kematangan Dalam Berpolitik

kadang2 kita menyangkakan bahawa seseorang yang sudah lama memegang jawatan penting dalam sesebuah parti itu matang dalam berpolitik
apalagi jika seseorang itu pernah menjadi wakil rakyat
malangnya ada juga rupanya yang tidak matang
kematangan yang diperolehinya hanyalah semata-mata kerana sudah kaya
sudah berkereta besar
sudah besar rumahnya
sudah ramai isterinya
maka orang lain pun dipandangnya rendah dan berhak menyentuh peribadi
bagi saya
kematangan seseorang yang sudah lama dalam dunia politik ialah sejauh mana dia boleh mengawal dirinya supaya apabila berbicara tentang politik
fokusnya hanyalah terhadap isu
bukan individu yang terlibat dengan isu itu
jika tidak
ore kelate kata
'besungguh dia tu, tak padan dengan nama, jadi tak cudik semula pulok loni, pah nak jadi wakil rakyat semula lagu mano?''
contoh ayat yang memperlihatkan ketidakmatangan orang politik dalam FB
'jaga keluarga dulu la'
ayat yang amat tidak sesuai dari seorang bekas wakil rakyat yang berusia 57 tahun kepada seseorang yang sudah mencapai usia 62 tahun dan lebih lama dalam politik
kerana ayat seperti itu tidak pernah pun datang dari seorang bekas wakil rakyat yang berusia 79 tahun
lagi pun perkara yang diperbincangkan ialah isu politik
tidak wajar dikaitkan dengan hal2 peribadi

No comments:

Post a Comment