Friday 16 May 2014

Rukun Tetangga dan Tadika Perpaduan Kg Raja Dagang Semerak

Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada semua ahli Rukun Tetangga dan Tadika Perpaduan Kg Raja Dagang Semerak kerana majlis perasmiannya pada 16hb Mei 2014 bertempat di perkarangan Tadika Perpaduan Kg Raja Dagang Semerak telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh penduduk-penduduk tempatan.

Perasmiannya telah dilancarkan oleh YBhg Puan Safidah Bt Abu Samah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau JPNIN Negeri Kelantan dengan kehadiran bersama pegawai-pegawai JPNIN Pasir Puteh serta beberapa orang tokoh-tokoh jemputan dan wartawan-wartawan akhbar.

Selain acara-acara menarik, terdapat juga pameran bergambar oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang turut serta dalam majlis perasmian ini.

Semoga KRT Raja Dagang akan memulakan langkah-langkah awalnya dengan program-program dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk penduduk setempat. Saya yakin ini boleh dicapai selagi KRT Raja Dagang bersedia mematuhi segala garis panduan daripada pihak JPNIN. Semangat kerja berpasukan hendaklah sentiasa disuburkan untuk mencapai matlamat sepertimana yang digariskan itu.

Sekali lagi Tahniah dari saya kepada semua yang terlibat terutamanya ahli-ahli RT Kg Raja Dagang.

Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih bagi pihak penduduk Kg Raja Dagang kepada Pengarah JPNIN Negeri Kelantan diatas kesudian beliau datang menyempurnakan majlis perasmian walaupun pada hari cuti minggu iaitu hari Jumaat.



No comments:

Post a Comment