Friday 23 May 2014

Dyana dan UiTM


Alam persekolahan saya bermula dengan 'Standard One' di Penang Free School (1960).
Kemudian balik ke Pasir Puteh masuk 'Standard Two' di Kamil English Primary School (NTEP) Pasir Puteh (1961) sehingga 'Standard Six' (1965).
Sjil keluar sekolah atau School Leaving Certificate saya masih tersimpan dengan baik.
Tiga orang kawan saya iaitu Allahyarham Tengku Abd Aziz Tengku Rahim (anak DO Pasir Puteh), Allahyarham Wan Rosli Hj Wan Yusoff (abang ipar Sdr Dr Fauzi Shaffie) dan Tuan Haji Wan Yusoff Hj Wan Hamat (sepupu saya sekarang CEO Petronas di projek RAPID Pengerang) meninggalkan kami untuk ke Malay College Kuala Kangsar atau MCKK.
Saya dan kawan2 lain naik 'Form One' di Kamil English Secondary School atau Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh sehingga 'Form Three' (1968) dengan sijil peperiksaan dipanggil 'Lower Certificate of Education' atau LCE.
Untuk ke 'Form Four' (1969) sebahagian daripada kami ke Technical Institute atau TI, Kuantan termasuk saya sehingga 'Form Five' (1970) dengan sijil peperiksaan dipanggil 'Malaysia Certificate of Education' atau MCE.
Untuk seterusnya, sebahagian daripada kawan2 saya ke Technical College atau TC, Jalan Gurney, (sekarang UTM Jalan Semarak) Kuala Lumpur.
(saya sakit teruk masa Form Five dan tidak dapat hadir sekolah hampir satu tahun jadi saya terpaksa 'repeat' Form Five pada tahun 1971).
Kawan2 saya yang sebahagiannya lagi ke Ungku Omar Polytechnic, Ipoh termasuk saya.
Selepas dari sana saya ke ITM Shah Alam (sekarang UiTM).
Ini bermakna saya bersekolah dari 'Standard One' (1960) sampai ke Ungku Omar Polytechnic (1972) dalam aliran Inggeris dengan semua mata pelajaran pun dalam Bahasa Inggeris.
Ini juga bermakna bahawa dalam kelas bersama saya dari 1960 sehingga 1972 (13 tahun) sebahagiannya adalah murid2 cina dan juga india terutamanya masa di TI dan Ungku Omar.
Bila ke ITM, semua melayu kecuali segelintir dari Sabah dan Sarawak walaupun semua mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris juga lagi.


Komen Pertama saya tentang kenyataan Sdri Dyana Sofya :-
Sememangnya apabila kita bersama dengan bangsa lain dalam satu darjah, suasana pergaulan tidak seperti dengan bangsa sendiri.
Persaingan menjadi lebih mencabar tetapi bermanfaat. Walau bagaimana pun, subjek agama, BM dan juga budaya serta cara hidup kita sebagai orang melayu dan beragama Islam tidak sedikit pun terganggu dan terjejas walaupun kami bergaul sebagai kawan2 rapat. Kami makan bersama, belajar bersama, berpersatuan bersama, main bersama dan tidur sebilik tanpa sebarang masalah sepanjang masa sehingga tamat belajar.
Bahkan boleh dikatakan saya sendiri lebih rapat dengan kawan2 cina berbanding dengan kawan2 melayu pada masa itu sehinggakan kawan2 melayu saya tukar nama saya kepada 'Mah Ah Lek' kerana saya rapat dengan seorang kawan cina yang bernama 'Mah Ah Kow'.
Dari sudut kemajuan pelajaran pula, sudah tentulah pelajar2 cina dan india rata2 dalam kelas mana2 pun lebih handal dari pelajar2 melayu dan jurusan yang agak susah sedikit pada masa itu sudah tentulah lebih ramai pelajar cina dalam kelas itu. Saya masih ingat dalam kelas 'Building' (kelas saya) dan 'Mechanical' (salah seorang murid kelas ini ialah YBhg Tan Sri Dato' Seri Hamad Kama Piah Che Othman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB sekarang, di sekolah ini beliau ialah Presiden Persatuan Bahasa Melayu, persatuan yang paling aktif, manakala saya sebagai Setiausaha persatuan) nisbah pelajar melayu dan cina agak seimbang tetapi dalam kelas 'Electrical' nisbahnya tidak seimbang apabila jumlah pelajar cina jauh lebih ramai berbanding pelajar melayu. Saya tidak tahu mengapa tetapi mungkin kerana mereka lebih rajin mentelaah buku berbanding dengan pelajar2 melayu.
Walau bagaimana pun prestasi pelajar2 melayu bukanlah jauh sangat ketinggalan dari mereka. Ada juga yang setaraf. Sewaktu saya di Ungku Omar contohnya, semua lapan mata pelajaran dikuasai oleh seorang pelajar cina setiap kali peperiksaan. namun beliau terpaksa mengalah kepada satu mata pelajaran iaitu 'Land Surveying' apabila saya yang menguasainya setiap kali dikeluarkan keputusan peperiksaan.


Komen Kedua saya tentang kenyataan Sdri Dyana Sofya :-
Saya bersetuju apabila dikatakan percampuran pelajar diantara melayu dan bangsa2 lain di dalam satu darjah boleh memberikan cabaran kepada pelajar2 melayu untuk lebih maju lagi.
Walau bagaimana pun, pada hemat saya ITM (sekarang UiTM) diwujudkan pada asalnya bukan semata-mata dengan tujuan untuk memisahkan pelajar2 melayu dari pelajar2 bangsa lain tetapi ianya adalah untuk menampung pelajar2 melayu yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian akademik akibat latar belakang kehidupan keluarga mereka. Mereka terdiri daripada pelajar2 melayu yang kurang berkelayakan untuk memasuki institusi2 pengajian tinggi awam yang lain seperti UM, UKM, USM, UTM dan lain2. Mereka ini diberikan peluang untuk meruskan pengajian mereka sepertimana juga pelajar2 yang memasuki institusi2 pengajian tinggi awam yang lain itu kerana dianggap potensi masa depan mereka masih juga sama jika diberikan tempat yang saksama.
Oleh itu, walaupun ITM sudah dinaiktaraf dan ditukar kepada nama UiTM sepertimana sekarang, dasar itu masih lagi dikekalkan dan inilah sahaja satu2nya pusat pengajian tinggi awam yang ada untuk pelajar2 melayu yang kurang bernasib baik itu. 


Nasihat dan saranan saya kepada Sdri Dyana Sofya :-
Sentuhlah isu2 lain tetapi janganlah terlalu diusik UiTM sepertimana juga orang2 melayu tidak terlalu mengusik UTAR.
Jika pun Sdri menang dan menjadi Ahli Parlimen, janganlah terlalu terbawa2 dengan sikap hendak bermain dengan api perkauman kerana ahli keluarga anda pun melayu juga.

 
Salam dan terima kasih kepada semua kerana sudi membaca.


Dari
Wan Malek
bekas pelajat ITM Shah Alam zaman awal 70'an.
__________________________________________________________________________
berikut ialah copy & paste terdahulu dari Facebook :-


Bunyi mcm kit siang yg punya skrip...undilah barisan nasional...bukan sec kpd kit siang...
Like · · Promote ·

No comments:

Post a Comment