Sunday 18 May 2014

Orang Lama - Salah Seorang Darinya

Cikgu Hj Ab Rahman Idris Semerak:-
tarikh lahir 31.5.1944
1951 masuk darjah 1
1957 tamat darjah 6
9.2.1958 mula jadi guru sekolah rakyat kg sepulau pada umur 14 tahun
gaji RM60 sebulan
5.10.1958 jadi guru sekolah kerajaan di sek keb pangkal nering machang
gaji RM90 + cola RM9.80 + elaun sewa rumah RM20 = RM119.80 gaji penuh sebulan tolak RM5.50 epf
dgn gaji sebanyak ini masih boleh beri kpd emak antara RM30 ke RM50 setiap bulan
umur masa tu 14 tahun dah jadi seorang guru sekolah kerajaan
masalahnya nak potong epf tak boleh sebab tak cukup umur 18 tahun
maka jpn kelantan panggil ubah tarikh lahir dlm rekod perkhidmatan daripada 1944 kepada 1941 supaya umur jadi genap 18 tahun tapi dlm surat beranak tak ubah
21.8.1961 di sk cherang ruku
1.5.1963 di sk tok bali
1.5.1965 di sk sungai petai
16.1.1972 di sk pahi bersama cikgu hj wan omar (sekarang dato')
1.1.1975 balik semula ke sk kg sepulau sebagai guru kanan (sekarang pk)
1.10.1982 naik guru besar sk gong manak
1.1.1988 guru besar sk gaal
1.1.1994 guru besar sk kg sepulau
31.12.1996 pencen guru besar sk kg sepulau
jumlah tahun mengajar 38
srp 1963
spm 1965
tak hadir kelas tapi hadir peperiksaan di smk kamil pasir puteh dan lulus


kisah hidup diatas itu sekadar untuk pengetahuan dan renungan jenerasi sekarang yang tidak tahu pun bahawa pada masa dahulu lulus darjah 6 pun dapat jadi seorang guru
lulus spm dah jadi do atau pegawai tinggi kerajaan
sekarang ada ijazah pun belum tentu dapat kerja dengan kerajaan
maka itulah bezanya
apa pun
pelajaran tetap amat penting bagi anak2 muda
belajarlah setinggi2 yang mampu
harga diri anda terletak kepada setinggi mana pencapaian akademik anda
jangan diambil kisah lagi tentang kerja
tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran
jangan libatkan diri dalam aktiviti2 yang merugikan
termasuklah politik pelajar yang songsang

No comments:

Post a Comment