Saturday 10 May 2014

Mr Kuan Chee Heng dan Cikgu Azmi Mohd Nor

Mr Kuan Chee Heng ialah seorang anggota polis di Kuala Lumpur
beliau sangat rajin membantu orang-orang susah
tidak kira di mana jua dan siapa
beliau akan bergegas pergi mencari mereka yang sedang dalam kesusahan untuk membantu
walau beliau sendiri pun dalam keadaan tercedera tangan
akibat berhempas pulas menangkap penjenayah 
jika keluarga itu memerlukan wang
beliau akan berusaha mendapatkannya untuk meringankan beban kewangan mereka
jika keluarga itu memerlukan bantuan bahan-bahan makanan
beliau akan berusaha mendapatkannya untuk mengelak mereka dari kelaparan
jika keluarga itu memerlukan pakaian sekolah
beliau akan membawa anak-anak ini ke kedai pakaian
tanpa mengambil kira siapa mereka
samada cina atau melayu atau india atau apa-apa bangsa dan anutan agama
jika bukan kerana Facebook
saya pun tidak akan kenal beliau dan pengorbanannya
sepertimana kata En. B. Awtar Singh....

"Saya B.Awtar Singh ingin mencadangkan agar Saudara Kuan Chee Heng dilantik sebagai Senator di dewan rakyat mewakili Badan Komuniti Policing Semalaysia. Kuan adalah kawan lama saya sejak JKP 16 kawasan Puchong Utama, di mana Kuan pernah memegang jawatan setiausaha JKP 16 pd tahun 2000-2004. Sejak dari dulu lagi beliau bekerja keras utk orang ramai yg terlibat dgn kes-kes jenayah. Jom kita ramai-ramai komen 'sokong' dan 'like' cadangan saya."
 

ref: https://www.facebook.com/kuan.cheeheng?fref=ts

di tempat saya
ada juga seseorang yang sangat suka menolong orang
beliau ialah Cikgu Azmi Mohd Noor
cara dan sikapnya sama seperti Mr Kuan Chee Heng

saya tidak akan memaparkan kisah ini didalam blog saya
jika Mr Kuan dan Cikgu Azmi ialah wakil rakyat



No comments:

Post a Comment