Saturday 3 May 2014

Etika Blogger

ayat pertama al-Quranulkarim ialah Iqra'
maknanya kalau tak ditulis apa yang nak dibaca?
oleh yang demikian
jika anda pun mempunyai hobi menulis seperti saya
sayangi dan hormatilah hobi anda ini
namun begitu
bukan semua boleh ditulis
jagalah tatatertib dan etika menulis
tulislah sesuatu yang anda sendiri menyukainya
sepertimana juga masakan
masaklah sesuatu yang anda sendiri pun suka memakannya
jika masakan anda itu anda sendiri pun tidak berselera memakannya
bagaimana hendak mengharapkan orang lain menyukainya?
saya dulu tidak pernah terfikir bahawa hobi main2 menulis saya boleh menjadi sesuatu yang sangat saya sayangi
saya menulis dalam blog saya hanya untuk mengisi masa lapang saya
sedar2 sekarang sudah melebihi 750 artikel yang terhasil
dengan jumlah pembaca di seluruh dunia seramai melebihi 30 ribu orang
cuma saya tak tahulah siapa mereka
mungkin pelajar
mungkin rakyat malaysia yang tinggal dan bekerja di negara luar
apa pun merekalah yang memberikan perangsang untuk saya terus menulis
terima kasih kepada anda semua
semoga anda semua dipanjangkan umur dan sentiasa sihat walafiat sepanjang masa
terima kasih juga kpd kawan2 yang sentiasa membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada saya walaupun secara tidak langsung
salam hormat dari saya.
ref: http://wanmalekwannoh-abelekrm.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment