Wednesday 28 May 2014

PERKASA UK & EUROPE


Hari ini YBhg Tuan Hj Ruslan Kassim, Ketua Penerangan PERKASA pula menyusul ke London untuk urusan pelancaran PERKASA UK & Europe.
Nampaknya dalam diam-diam PERKASA sedang mengatur langkah mengembangkan sayapnya ke UK dan Eropah dalam misinya memperkasakan pertubuhan itu di peringkat luar negera pula.
Saya belum boleh membayangkan sejauh mana kejayaan yang akan dicapai oleh kepimpinan PERKASA melalui sambutan yang akan diberikan di sana tetapi sudah tentulah perancangan seperti ini dirangka dengan rapi dan cermat supaya belanja perjalanan dan penginapan yang mahal tidak menjadi sekadar makan angin berkumpulan sahaja.
Apa pun, syabas diucapkan kepada kepimpinan PERKASA pusat. Didoakan semoga usaha saudara-saudara semua diberkati Allah SWT demi agama, bangsa dan tanah air.

No comments:

Post a Comment