Tuesday 1 April 2014

Politik Ialah Kerja Bercakap

berkata2 secara bijak dan berhati2 kadang2 boleh juga melepaskan seseorang pemimpin itu dari kemarahan rakyat jika sekiranya selepas itu terjadi perkara yg lain atau yg tidak dijangka akibat kurang kajian atau gopoh
sebab itu saya pernah menulis dlm blog saya bahawa 'politik ialah kerja bercakap'
dan bercakap ialah kerja yg paling mulia kerana itulah juga kerja para nabi dan para rasul
sementara menulis menjadi kerja kedua paling mulia kerana al-Quran dihasilkan dlm bentuk tulisan selepas ayat2 sucinya dipertuturkan
oleh dengan yg demikian
maka
setiap patah perkataan yg diucapkan oleh seseorang pemimpin negara akan diberikan perhatian secara teliti
ada yg bermaksud terus dan tepat tanpa perlu diperhalusi
ada yg bermaksud berlapik dan perlu diperhalusi semula
yg terlebih baik ialah perkataan yg bermaksud terus
kerana rakyat mudah memahaminya
dan itulah juga yg akan membayangkan samada seseorang pemimpin itu jujur atau sebaliknya
dan juga tidak tergopoh gapah dlm membuat kenyataan rasmi
apa pun
satu perkara yg rakyat pun hendaklah juga ingati
walau siapa pun orang itu yg menjadi pemimpin negara
beliau tetaplah manusia biasa yg tidak terlepas dari kesilapan
tinggal lagi
sengaja atau pun tidak
oleh itu
jika tersilap berkata2 dan ada pihak yg cuba membela
adalah lebih baik pemimpin itu sendiri yg mengulasnya
bukan rakyat yg perlu membuat 'justifikasi' dan berbalah sesama sendiri akibat percubaan menegakkan benang yg basah oleh pihak yg menyokong

No comments:

Post a Comment