Wednesday 16 April 2014

Pegawai-Pegawai Tertinggi Kerajaan dan Facebook

Selama ini saya menjangkakan apa yang saya tulis dan terbitkan dalam blog sahaja dibaca oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan seperti Ketua-Ketua Pengarah atau Pengarah-Pengarah (yang selalunya saya sertakan dengan emel pula jika sesuatu kes itu penting), tetapi rupa-rupanya apa yang saya tulis dan 'post'kan ke dalam Facebook pun dibaca juga oleh mereka yang berkenaan itu. 

Saya mendapat tahunya apabila terdapat tindakan susulan serta merta oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini selepas saya 'post'kan sesuatu ke dalam Facebook baru-baru ini padahal ianya hanyalah untuk perhatian pihak jabatannya sahaja di peringkat daerah.

Ini menunjukkan bahawa terdapat perhatian dan keperihatinan oleh pihak pegawai-pegawai tertinggi kerajaan terhadap apa sahaja yang dipaparkan dalam Facebook terutamanya apabila ada rungutan atau 'complaints'.


Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini. Tuan-Tuan telah bertindak secara profesional dan berkesan dengan memanfaatkan kemudahan IT.


Saya ingin rakamkan ucapan ribuan terima kasih bagi pihak semua kawan-kawan Facebook saya yang lain. Diantara kawan-kawan Facebook saya ialah YBhg. Lt. Gen. (B) Dato' Nawi Alias, bekas Panglima TUDM, YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS merangkap Felo Terutama BTN di Jabatan Kenegaraan JPM, YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Muhammad Agus Yusoff, YBhg. Dr. Fauzi Shaffie, YBhg. Ir. Mat Kamil Awang, YBhg. En. Manzaidi Mohd Amin dan semua kawan-kawan Facebook saya yang lain yang tidak dapat saya sebutkan namanya satu persatu di sini sebab ramai.


Teruskanlah 'standard' perkhidmatan yang cemerlang ini.

Sekian dan terima kasih sekali lagi.

No comments:

Post a Comment