Saturday 19 September 2015

Musuh Nombor Satu Negara ialah Rasuah

sapo sokong bahawa rasuah ialah musuh negara nombor satu dan dadah nombor dua
dia ialah gu ambo
syabas Tengku Bendahara
ANCAMAN kepada ISLAM dan MELAYU di MALAYSIA..
(dalam bahasa mudah)
.
DYMM YDPertuan Agong, Raja-raja negeri2 dan Gabenor2 Negeri – Islam dan Melayu
Perdana Menteri, Timbalan PM, kebanyakan Menteri Kabinet (dan dalam potfolio2 penting) – Islam dan Melayu
Menteri2 Besar, Ketua2 Menteri (kecuali Pulau Pinang) - Islam dan Melayu
Exco2 Negeri – kebanyakannya Islam dan Melayu
Ahli2 Majlis Perbandaran – kebanyakannya Islam dan Melayu
Ketua Hakim, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Angkatan Tentera - Islam dan Melayu
Ketua Penjawat Awam yang lain2 :-
Ketua2 Setiausaha Kementerian, Ketua2 Pengarah Jabatan d Persekutuan, Ketua2 Bahagian d jabatan2, Pengarah2 Jabatan di Negeri2 – kebanyakannya Islam dan Melayu
…. hatta Pegawai2 Daerah, Jurutera2 Daerah dan pelbagai lapisan pegawai di Malaysia ini kebanyakannya diketuai oleh orang Islam dan Melayu.
.

Yang bermain di fikiran saya ialah, kenapa hari ini kita orang Islam dan Melayu merasakan kita diancam oleh orang kafir dan bukan Melayu? Ketika pembuat dasar, pelaksana/penguatkuasa dasar serta pemantau dasar hampir keseluruhannya dipegang oleh rakyat yang berugama Islam serta berbangsa Melayu, kenapa rakyat menjadi keluh resah serta menuding jari ke arah orang lain yang bukan Melayu sebagai penyebab terhakisnya hak-hak mereka?
.
Pada hemat saya, ancaman sebenar bukan berpunca daripada ugama yang orang lain anuti. Ia juga bukan kerana tiadanya ‘darah melayu’ yang mengalir di badan mereka. Salah satu punca besar dan UTAMA yang menyebabkan kegusaran orang Islam dan Melayu di Negara ini ialah RASUAH yang telah menular hebat di kalangan segelintir pembuat, pelaksana/penguatkuasa serta pemantau dasar di Malaysia pada hari ini.
.
Percayalah, pada satu hari nanti, bukan setakat bangsa cina sahaja yang akan dituding jari, malahan orang2 Bangla, Pakistan, Indonesia, Myanmar dan entah siapa2 lagi akan dianggap sebagai ‘ancaman kepada ketuanan Melayu’ seandainya gejala rasuah ini tidak dibendung. Segelintir orang Islam dan Melayu sedang mengkhianati Negara ini dengan mengamalkan rasuah.
.
Everything is “Money can Buy”.
Saya malas nak tulis panjang2. Fikir2kan lah……

No comments:

Post a Comment