Sunday 13 September 2015

Baju Merah atau Hitam?

Dikatakan hanya 10% sahaja orang melayu dalam perhimpunan Bersih 4 baru2 ini.
Yang lain cina.
Maka jamal berangan2lah nak tarik 90% lagi melayu itu untuk program perhimpunan maruah melayunya.
Sekarang dia tukar nama kepada 'perhimpunan rakyat bersatu' pula dan mengubah target group dengan membuka pintu kepada orang2 cina dan india pula.
Ada juga khabar dia nak tumpang kumpulan silat di tempat yang lain pula.
Bukan di venue asal.
Keadaan berubah2 angin ini menandakan program baju merah ini tidak dirancang dengan teliti.
Kajian tidak dibuat secara mendalam tetapi hendak 'counter-attack' program Bersih 4 hanya dengan berbekalkan semangat sahaja.
Di tempat saya orang2 yang hendak pergi sudah pun membeli baju merah yang bertulis 'Melayu - Pertahankan Hak Melayu'
Bagaimana nak pakai kalau orang2 cina dan india pun diajak bersama?
Sudah tentu baju itu tidak lagi sesuai dan membazir.
Inilah akibatnya kalau penganjuran sesuatu itu didasarkan diatas nafsu mencari perhatian atau populariti dengan bertopengkan semangat bangsa yang dibuat2 sahaja.
Lebih baik dibatalkan sahaja daripada malu kerana perhimpunan berbaju merah sudah tidak relevan.

No comments:

Post a Comment