Sunday 20 September 2015

Antara Juta dan Bilion

Kalau dulu pernah saya cerita bagaimana ada orang Semerak tanya saya seperti ini,
"Habis ko Wan sejuta projek Tok Aman Bali?"
Saya pun jawab,
"Dekat2" sebab kalau saya jawab habis 55 juta bimbang takut dia rebah pengsan terkejut.
Selepas itu ada pula yang bertanya saya begini,
"Demo kijo sobey Wan buleh ko seribu sebulan?"
Saya pun jawab,
"Takleh sebab ambo bukan ngaji luar negeri"
Malam ini saya terserempak dengan seorang orang Semerak yang lain pula yang merungut begini,
"Parok Najib baham pitih sampai 2.6 juta menah"
Saya yang kebetulan ada dekat dengan dia mengangguk sahaja tetapi tidak mahu membetulkan 'juta' kepada 'bilion' kerana saya tahu dia hanya mampu faham kompleks beli belah 'Bilion' yang ada di Kota Bharu itu sahaja.
Inilah yang diketahui Najib.
Sebab itu Najib tidak bimbang kerana dia tahu orang2 kampung tidak faham apa itu 'bilion'.
Najib boleh sahaja contohnya, bagitau kepada orang2 kampung bahawa kerajaan tidak putus2 berkorban berjuta2 ringgit membantu orang2 kampung melalui BR1M, rumah PPRT, rumah mangsa banjir dan bermacam2 lagi bantuan.
Orang kampung pun percaya dan kembang lubang hidung mereka kerana mempunyai perdana menteri yang baik dan besar jasanya.

No comments:

Post a Comment