Saturday 19 September 2015

58 Tahun Malaysia Merdeka

Sudah 58 tahun negara kita merdeka.
Hari ini kaum cina dianggap biadap dan tidak menghormati orang melayu.
Saya cukup hairan mengapa 58 tahun tidak cukup masanya untuk pemimpin melayu mendidik dan mengajar orang cina supaya menghormati orang melayu padahal tidak pernah satu tempuh pun pemerintahan negara dikuasai oleh orang cina.
Seorang bapa harus sentiasa dihormati oleh anak2nya sampai bila2.
Jika didapati anaknya itu tidak menghormatinya, itu tandanya samada anaknya itu biadap atau bapanya sendiri kurang ajar.
Jika anaknya itu biadap sekali pun, bapanyalah juga yang harus dipertanggungjawabkan kerana asuhan dan didikan yang salah atau kurang berkesan.
Begitu jugalah dengan kerajaan dan pemerintah.
Jika rakyat bangkit dan tunjuk biadap sekali pun, pemerintah dan kerajaan jugalah yang harus dipertanggungjawabkan.
Tinggal lagi apa yang membezakan ialah bapa tetap bapa kepada anaknya itu tetapi pemerintah dan kerajaan bukan selamanya berkuasa.
Kuasa mereka ditangan rakyat.

No comments:

Post a Comment