Friday 15 November 2013

Yang Kaya dan Yang Miskin

Puisi Orang Kampong:
Walau apa pun yang terjadi
kampong tetap terbahagi kepada dua golongan
negeri terbahagi kepada dua golongan
negara terbahagi kepada dua golongan
dunia pun terbahagi kepada dua golongan
iaitu kaya dan miskin
yang kaya tetap mendominasikan kampong
yang kaya tetap mendominasikan negeri
yang kaya tetap mendominasikan negara
yang kaya juga tetap mendominasikan dunia
yang kaya sombong
yang miskin terpaksa tunduk
itulah kuasa
walaupun diperlihatkan seolah2 perbezaan itu datangnya dari politik
kerana politik itu sendiri pun
sentiasa diatasi oleh kekayaan yang dimiliki itu

No comments:

Post a Comment