Thursday 28 November 2013

Cita2 Menjadi Polis Terpaksa Dilupakan Buat Selama2nya

Makluman Khas:
Anak jiran saya yang dipanggil sebagai 'Kihin' (bekas pelajar Ting 6 atas tahun lepas SM Cherang Ruku) yang bapanya bernama Ibrahim atau 'Pak Him' dan ibunya dipanggil 'Mak Jah' tinggal di rumah murah Taman Jaya, Semerak lebih kurang waktu maghrib tadi mengalami kemalangan jalanraya berhampiran stesyen minyak Shell Tok Bali. Beliau menunggang motosikal. Beliau dikejarkan ke Hospital Tg Anis atau HTA Pasir Puteh kerana mengalami kecederaan patah tulang peha dan rahang mulut dan tidak sedarkan diri. Keadaannya telah memaksa HTA menghantarnya ke Hospital Universiti Kubang Kerian atau HUSM.
Kepada sesiapa yang mengenalinya dan ingin mengetahui lebih lanjut keadaannya, sila berhubung dengan ibunya di talian 011-1996 8553 atau 012-984 8723.
Harap maklum.


Hari ini (29 Nov 2013) Kihin dimasukkan ke wad 4 Timur HUSM, mengikut maklumat yg sampai kpd saya, doktor akan buat pembedahan utk masukkan besi ke rahangnya dan juga peha, utk rahang besinya berharga RM1,000 manakala untuk peha RM800, yang agak susah sikit ialah ada kaca dalam tengkoknya, selain drp itu gigi 3 batang kena cabut, kesian budak ni sebab dia baru dapat kerja polis, sepatutnya lapor diri utk latihan pada bulan Januari ini, ini bermakna beliau terpaksa melupakan cita2nya utk menjadi seorang anggota polis buat selama2nya.
Beliau masih dengan alat bantuan pernafasan dan dijadualkan masuk bilik pembedahan jam 2 petang ini.
Harap maklum. 

No comments:

Post a Comment