Wednesday 27 November 2013

PERKASA Tanpa Orang-Orang Kuat Parti Politik

Mulai tahun depan 2014 dan seterusnya
PERKASA harus mengubah strategi secara drastik
perkara pertama ialah menukar kepimpinan diperingkat daerah
carilah orang2 yang mempunyai kelayakan utama seperti berikut:
1. mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh
2. mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
3. berminat kepada perjuangan PERKASA
saya letak minat di nombor 3
kerana bagi saya kekukuhan kewangan perlu diutamakan terlebih dahulu
sekarang bukan lagi macam zaman dulu
dimana ada 60 sen dalam poket pun boleh jadi pemimpin
sekarang sudah berubah
jika tidak
jadilah macam sesetengah Pengerusi Daerah
perkara pertama yang disebut dalam mesyuarat ialah
'beli roti dan air kotak untuk mesyuarat ajk ni dengan pitih ambo ni'
seolah2 tiadalah lagi orang lain yang layak
maka dia sahajalah yang terpaksa memegang jawatan itu
apabila orang yang sesuai sudah dipilih
saya yakin gerakerja pun akan berjalan lancar dan berkesan
apa yang perlu dibuat pula ialah:
1. dekatkan diri dengan orang ramai di seluruh daerah
2. rangka dan jalankan program di setiap kawasan secara konsisten
3. harus tahu mana orang yang layak mewakili zon2 yang berasingan
supaya program mendapat sambutan dan sokongan orang ramai
kepimpinan daerah harus tahu dan mengenalpasti orang2 yang layak itu
mereka hendaklah terdiri daripada orang2 yang bukan 'kuat' mana2 parti politik
kerana
jika memilih orang yang kuat UMNO
orang2 PAS tidak akan masuk dekat
jika memilih orang yang kuat PAS
orang2 UMNO pula akan lari
oleh itu kebijaksanaan amatlah diperlukan
jika mahukan PERKASA memdapat sambutan dan sokongan orang ramai
jika tidak
tahun depan 2014
PERKASA akan jadi macam di Pasir Puteh
ada
tapi
'Hidup Segan Mati Tak Mahu'

No comments:

Post a Comment