Thursday 29 January 2015

Sdr Wan Musa Dalam Malaysia Gazette

Terap nilai kerajaan tempatan dalam kerajaan negeri daripada pilihan raya PBT

Cukup negara ini mempunyai dua kerajaan iaitu Persekutuan dan negeri, tidak perlu lagi ditambah dengan kewujudan kerajaan tempatan, kata bekas penuntut Diploma Pentadbiran Awam yang mahu dikenali sebagai Wan Musa.

Beliau yang mendapat gred A dalam subjek itu dan turut didedahkan dengan Suruhanjaya Athinahapan berkata, jika kerajaan tempatan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang menjadi kenyataan, ia akan menambahkan lagi kecelaruan dalam pentadbiran sesebuah negeri.
Katanya, beliau secara peribadi lebih berminat sekiranya kerajaan negeri menerapkan nilai-nilai kerajaan tempatan itu dalam pentadbirannya, bukan menjadikannya sebuah kerajaan dalam kerajaan.
“Mengenai kewajaran tidak dilaksanakan pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan (PBT) ini, saya bukan sahaja bersetuju yang ia tidak perlu dilaksanakan, bahkan kerajaan tempatan itu sendiri perlu diserapkan dalam kerajaan negeri.
"Biar semua kerja dan tanggungjawab kerajaan tempatan ini diuruskan oleh kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri boleh mengagihkan sumber-sumber lebih cekap lagi berdasarkan keperluannya tanpa terikat undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan yang menyebabkan kerja tidak dapat dilaksanakan dengan cekap," katanya kepada MalaysiaGazette di Kuala Lumpur hari ini.
Wan Musa berpendapat, ia lebih berkesan jika diletakkan bawah satu kuasa iaitu kerajaan negeri kerana kalau terlalu banyak kerajaan tempatan, akan menimbulkan masalah dan tidak sesuai.
Kata beliau, kerajaan negeri harus mengambil kira pandangan peringkat bawahan terutama bekas penuntut universiti yang mengambil subjek Pentadbiran Awam dan turut belajar mengenai Akta Kerajaan Tempatan.
"Ini kerana kami beranggapan jika mereka mempunyai kuasa, hal kerajaan tempatan ini antara kerja awal mereka buat dengan menyerapkan dalam kerajaan negeri," katanya. - MalaysiaGazette

 

No comments:

Post a Comment