Saturday 24 January 2015

Anak Tun Dr Mahathir - Cabaran Yang Dihadapinya

RECENT ACTIVITY
MEMAHAMI MESSAGE AKAR UMBIR TERHADAP MUKHRIZ
Ingatlah bahawa UMNO adalah milik ahli-ahlinya dan bukan kepimpinan semata-mata. Hanya ahli-ahli UMNO yang berhak menentukan hala tuju mana yang mereka inginkan. Pemimpin UMNO tidak boleh menidakkan suara akar umbi kerana akar umbilah yang memberikan jawatan itu kepada mereka. Jika pemimpin tidak bersetuju dengan akar umbi, maka semestinya beliau tidak layak menjadi pemimpin parti ini.
Nampaknya, ahli-ahli telah bersuara melalui pemilihan yang baru lalu berdasarkan jumlah undi popular.
Namun, bagi pemilihan UMNO, terutama peringkat tertinggi, termasuk sayap dan juga Majlis Tertinggi, akar umbi bukan memilih pemimpin kawasan, tetapi pemimpin bagi keseluruhan. Justeru, undi popular wajar diteliti bagi memahami kehendak akar umbi itu.
Persaingan sengit antara Dato’ Seri Hishamudin dengan Dato’ Mukhriz Mahathir adalah antara yang paling menarik untuk dikaji. Mukhriz, walaupun kalah, jelas telah mendahului dari segi undi popular walaupun jenteranya jauh lebih terkebelakang daripada Hishamuddin. Jika jentera mereka sama hebat, kita pasti Hishamuddin akan ketinggalan jauh.
Maka, wajarlah kita bertanya, apa yang akar umbi nampak di dalam diri Mukhriz yang membuatkan mereka memilihnya?
Dari maklumbalas dan reaksi ramai di kedai kopi, dan juga di alam siber, kita mendapati rakyat melihat Mukhriz sebagai membawa imej bersih dan ikhlas. Beliau dikenali sebagai rajin bekerja dan merendah diri. Beliau juga telah terbukti mempunyai kebolehan dan kecekapan mentadbir berdasarkan pengalamannya di dunia perniagaan. Nama bapanya, hanyalah ‘penyedap’ rasa bagi menambah keyakinan ramai bahawa beliau merupakan ‘produk’ yang baik untuk negara. Mukhriz juga tanpa segan silu memaparkan dirinya sebagai pejuang Melayu malah lantang membawa agenda Melayu serta menentang sebarang ancaman terhadap agama Islam.
‪#‎AMSTMM‬

No comments:

Post a Comment