Monday 1 December 2014

PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA atau IKATAN

BismilLahirrahmanirrahim....
Dengan sukacitanya saya ingin mewar-warkan di sini bahawa sebuah parti politik baru telah didaftarkan secara sah pada 31hb Mac 2014 yang lalu.
Nama pertubuhan ialah :
PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA dan singkatannya ialah ‘IKATAN’.
No Pendaftaran : 0001 - 13 - SEL
Parti baru ini ditubuhkan dibawah naungan dan nasihat dua orang bekas pemimpin negara iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri manakala Presidennya ialah YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Sekarang proses mencari ahli di seluruh negara sedang diatur termasuk juga perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi parti, Pengerusi Perhubungan Negeri-Negeri dan Ketua-Ketua Bahagian di semua daerah.
Saya akan dapatkan maklumat yang perlu mengenai parti ini seperti objektif dan perkembangannya dari masa kesemasa untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan.
Yang jelas parti ini bukan ditubuhkan untuk menyaingi atau menentang mana-mana parti politik sedia ada termasuk UMNO dan PAS.
Parti ini terbuka keahliannya kepada semua orang melayu dan kaum-kaum lain yang menjadi rakyat Malaysia.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berminat untuk menyertai parti ini dan memegang jawatan, sila hubungi saya melalui inbox atau emel kepada saya di alamat wanmalek53@yahoo.com
Semoga parti baru ini mendapat sambutan dan berjaya mengorak langkah-langkah awalnya dengan baik dan lancar dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Sekian dahulu pengumuman awal dari saya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment