Sunday 21 December 2014

Aduan dan Cadangan

People
Butiran:
Bas Ekspress PERDANA Trip KL6 DBX 7000 perjalanan pada 18hb Disember 2014 (Jumaat) dari Shah Alam Seksyen 13 (terminal sementara berdekatan Stadium Shah Alam) ke Kuala Besut / Tok Bali jam 9.00 pagi dari Shah Alam.
1. Jam dinding tidak dibetulkan paparan masanya - dicadangkan supaya angka jam dan minitnya sentiasa diperiksa dan dibetulkan sebelum perjalanan setiap trip dimulakan.
2. TV tidak dipasang terutamanya untuk penumpang kanak-kanak - dicadangkan ianya mula dipasang sekurang-kurangnya pada peringkat awal perjalanan supaya penumpang terutamanya kanak-kanak tidak merasa bosan.
3. Pengumuman tiba di RNR Gua Musang tidak dibuat melalui pembesar suara - dicadangkan supaya pemandu atau penolongnya sentiasa membuat pengumuman kerana ada penumpang yang tertidur dan tidak sedar terutamanya perjalanan malam.
4. Kelajuan agak merisaukan apabila loceng kawalan had kelajuan sentiasa kedengaran - dicadangkan supaya tiada bas yang sama dibenarkan terus berpatah balik kecuali yang sampai pagi untuk trip malam pula nanti atau yang sampai malam untuk trip pagi pula nanti
sekian dan terima kasih.
Wan Malek.

No comments:

Post a Comment