Sunday 16 June 2013

Terbitan Khas

Tiada siapa yg tahu
kerana penerima yg mengumumkannya
bukan pemberi
kerana pada kebiasaannya
pemberi yg umumkan
tiada siapa juga yg tahu
jumlahnya benar sebanyak itu
atau mungkin lebih lagi
kerana pada kebiasaannya juga
pemberi yg umumkan
Perjuangan Sejati
RM600,000 untuk projek pembangunan DUN Semerak, Selising.

PASIR PUTEH 16 Jun - Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM600,000 untuk projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak dan Selising di sini yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman berkata, antara projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini ialah projek kemudahan asas seperti pembinaan jalan kampung, projek ekonomi belia, di samping peruntukan bagi mengimarahkan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidlifitri.

"Peruntukan itu sebagai penghargaan kerajaan Pusat kepada pengundi yang mengundi BN di kedua-dua kawasan DUN ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama masyarakat di DUN Selising di Kampung Lepah di sini, semalam. - BERNAMA

UTUSAN

No comments:

Post a Comment