Thursday 9 May 2013

MyDiary PRU13-3



Kemenangan Yang Semakin Merendahkan Mutu Pemikiran Pengundi

DUN N31 Semerak sudah menpunyai wakil rakyat baru. Pilihanraya 5hb yang lalu telah memberikan ‘advantage’ kepada calon BN walaupun kemenangannya penuh dengan cerita-cerita yang setengahnya tak masuk akal. Kemenangannya itu telah mengakibatkan orang-orang Semerak menjadi was-was.

Walau apa pun keadaannya, calon BN itu telah pun menang. Ramai yang berkata bahawa, tak kiralah dengan apa cara sekali pun, yang penting calon BN menang dan calon PAS kalah. Seolah-olah ‘the end justifies the means’.

Pada hari ini, sudah terbukti bahawa jentera pilihanraya BN DUN N31 Semerak menjadi semakin angkuh dan sombong. Mereka bukan hendak bersyukur, jauh sekali hendak berterima kasih kepada pengundi. Calonnya pula berterima kasih hanya kepada jenteranya sahaja sedangkan kemenangannya itu disumbangkan oleh pengundi2 yang tidak terlibat dalam jentera pilihanraya itu.

Pada hari ini, sudah ada jentera utama pilihanraya BN DUN N31 Semerak dengan angkuh dan sombong membuat kenyataan membidas orang-orang tertentu termasuk seseorang yang bergelar Dato’ bahawa orang-orang tertentu itu berpaling tadah semasa pilihanraya baru-baru ini. Orang itu berkata, disebabkan tindakan mereka ini, maka ahli keluarga mereka pun akan menerima nasib tidak akan diberikan lagi bantuan kerajaan pusat.

Inilah sebabnya saya berkata bahawa jentera pilihanraya ini tidak tahu bersyukur. Saya mungkin tidak akan menulis dan menyentuh perkara ini jika calon BN itu kalah.

Ironinya, orang yang bercakap itu dulu sangat kuat menentang dan mencemuh calon yang menang itu kerana pada masa itu beliau rapat dengan seseorang yang lain. Sekarang beliau cuba hendak menunjukkan ‘bisa dan belangnya’ dengan mendahului orang-orang lain membidas kumpulan yang dianggapnya berpaling tadah itu, walaupun tidak dapat dibuktikan.

Orang ini mencari makan sebagai kontraktor kelas F. Barangkali itulah sahaja modalnya untuk membalas budi setelah beberapa kontrak diberikan kepadanya sebelum ini selain daripada sedikit sumbangan dihulurkan kepada parti setelah 'payment' diperolehi.

Beliau tidak tahu bahawa serangan ‘verbal’ yang dilakukannya terhadap seorang Dato’ itu boleh menyebabkan beliau sendiri lebih dibenci dan perbuatannya itu sebenarnya merendahkan lagi mutu pemikiran atau IQnya. Beliau sepatutnya terus menghurmati orang-orang lain termasuk Dato’ yang dimaksudkan itu. Ini adalah kerana Dato’ itu sebenarnya telah lama menyumbang bakti melalui bantuan kewangan yang berjumlah ratusan ribu kepada masyarakat setempat terutamanya kepada murid-murid miskin. Sudah tentulah jumlah yang telah disumbangkannya secara ikhlas itu jauh melebihi jumlah yang disumbangkan oleh jentera parti yang ada kepentingan diri itu.
 
Inilah diantara banyak-banyak budaya negatif dan songsang yang sudah menyerap ke dalam parti UMNO sepertimana yang pernah saya perkatakan itu. Budaya sombong dan angkuh seperti ini pun sangat tidak sesuai dengan jiwa saya dan juga rakan-rakan saya yang lain.

Oleh
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.
  

No comments:

Post a Comment