Tuesday 4 March 2014

Himpunan Aman Sidang DUN Kelantan

saya tak nampak dgn jelas halatuju ngo ini
dan motif politiknya yg sebenar
apa yg telah digariskan agak terlalu umum
saya yakin ada rahsia disebalik gerakan yg cuba dilancarkan ini


Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Pagi ini pihak kami telah menerima makluman bahawa ada pihak telah bertindak jahat, membuka 1 PAGES PALSU atas nama "SETIA Sengoti" & pihak berkenaan telah meyebarkan BERITA PALSU (FITNAH) yang mengatakan bahawa Himpunan Aman anjuran SETIA telah DIBATALKAN atas arahan Pihak Atasan SETIA.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa Himpunan Aman anjuran SETIA tetap akan diteruskan (in shaa Allah) walau ada cubaan untuk mensabotaj program tersebut.

TIDAK ADA SEBARANG PERUBAHAN pada TARIKH dan MASA yang telah dipersetujui dan diwar-warkan sebelum ini.

Makluman dan Pencerahan.

Aktivis Setia Kelantan (SETIA) akan menganjurkan 1 Himpunan Aman di Hadapan Bangunan Setia Usaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan pada 6hb. Mac, 2014 bermula jam 9:00 pagi sempena Persidangan DUN Kelantan untuk menyatakan bantahan atas isu-isu berikut:

1 - Projek-projek terbengkalai: Stadium Bukit Merbau, Lebuhraya Rakyat, Perumahan Rakyat Pasir Mas dan lain-lain.

2 - Hub persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Kelantan yang tidak jujur dalam kes Penyelia DUN Kuala Balah & Pengkalan Kubur sehingga menimbulkan Krisis dalaman antara PKR dan PAS di Kelantan.

3 - Lawatan ke luar Negara Kelompok tertentu dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang terlalu kerap, kurang bermanfaat & membazirkan wang Rakyat dalam keadaan Negeri Kelantan kekurangan sumber kewangan.

4 - Pemecatan Kakitangan Kerajaan & GLC yang dibuat sesuka hati tanpa mengikut Prosedur & Undang-undang oleh YB Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan; Dato' Nik Amar.

Untuk pengetahuan anda, Aktivis Setia Kelantan (SETIA) dibarisi oleh (majoriti) Ahli PAS dan PKR, Bekas Ahli Parlimen PAS, Bekas ADUN PAS, Aktivis-aktivis PAS era 1990-an selain rakan-rakan Aktivis dari pelbagai NGO di Negeri Kelantan termasuk R (Royalti), Ambang-13, SAMM, AK03, AMBO, AMTU dan pelbagai NGO pro Pakatan Rakyat.

Tuduhan yang mengatakan bahawa Aktivis Setia Kelantan (SETIA) pro UMNO/BN adalah FITNAH JAHAT yang tidak berasas sama sekali.

Tujuan & Matlamat Penubuhan Aktivis Setia Kelantan (SETIA):

1 - Mengumpulkan seramai mungkin Aktivis Rakyat melalui 1 Gerakan yang bebas mengikut ketentuan Organisasi (Kawalan).

2 - Menjalankan Aktiviti menggerakkan Hamba Rakyat untuk memperkukuhkan Politik & Sosial Negeri Kelantan.

3 - Menggerap usaha memperkukuh Parti & Kerajaan melalui pelbagai aktiviti berbentuk Kerjasama, Cadangan, Teguran, Kritikan dan Sebagainya.

4 - Menjalankan Aktiviti bagi memperkukuhkan hubungan dikalangan Aktivis.

Maka dengan itu, sebagai permulaan (selepas bermesyuarat sebanyak 2 kali), pihak Pimpinan Aktivis Setia Kelantan (SETIA) telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Program Pertama SETIA bersempena dengan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Penggal Pertama 2014 seperti yang dicatit diatas.

Isu yang dibawa oleh SETIA adalah isu Rakyat yang sekiranya tidak diambil perhatian dan ditangani oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan sebaiknya, akan mencalarkan Imej Kerajaan Negeri Kelantan yang telah sekian lama dibina dengan baik oleh Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sejak hari pertama beliau menjawat Jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan pada tahun 1990.

Aktivis Setia Kelantan berpendirian bahawa, untuk membina sebuah Kerajaan yang Mantap dan berkreadibiliti, teguran demi teguran harus dibuat bagi mengelakkan dari pihak musuh (UMNO/BN) mengambil kesempatan diakhir masa ketika tiba Pilihanraya.

Sebuah kapal yang gagah belayar, sekiranya kebocoran kecil tidak ditampung dengan segera - lama kelamaan ia akan tenggelam dengan sendiri.

- "Bersama Pertahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan"



No comments:

Post a Comment