Monday 3 March 2014

DS Rosmah Mansor

Semarah mana pun saya kepada mana-mana pemimpin dari mana-mana parti politik termasuk isteri mereka, saya tetap mengamalkan sikap tidak menyentuh peribadi termasuk bentuk tubuh badan dalam tulisan saya.
Sebab itu saya agak tidak bersetuju apabila ada orang yang menulis seperti di bawah ini apalagi secara terbuka.
Bentuk tubuh badan dan jangka hayat seseorang bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan.
Lebih baik menulis dan mengkritik tentang apa yang dilakukan sahaja.

Kenyataan Kuan Yew di luar sedar - Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor percaya Ketua Penerangan dan Publisiti DAP Nasional, Hew Kuan Yew berada dalam keadaan di luar sedar ketika memuat naik statusnya di laman sosial facebook yang antara lain menyebut: "Bermain puas-puas agar dia boleh pergi syurga (mati) dengan secepatnya.".
 
Menurut isteri Perdana Menteri, oleh kerana itu beliau memaafkan kebiadapan Kuan Yew dan mendoakan ahli DAP itu dikurniakan kesihatan yang baik. 
 
"Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew mengharapkan agar saya diserang sakit jantung dan segera menemui ajal. 
"Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan di luar sedar. 
 
"Bagi saya, saya akan mendoakan Sdra Hew Kuan Yew sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan hidup agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia," kata Rosmah.
 
Kuan Yew dalam statusnya juga berkata, orang gemuk tidak seharusnya bermain badminton kerana terlalu banyak pergerakan dan akan mendorong kepada kematian awal. 
 
"Dia tidak sepatutnya bermain badminton (kerana dia seorang yang gemuk),"  katanya menerusi laman sosial itu.

No comments:

Post a Comment