Tuesday 9 April 2013

Terbitan Khas (PRU13)

Zaman dulu orang2 kampong berpolitik hanyalah pada musim pilihanraya sahaja. Mereka bergomo habis2an dengan aktiviti2 pilihanraya seperti ceramah2 dan kerja2 pemasangan poster tetapi selepas itu mereka seolah2 bergabung dan bersatu semula sehinggalah bergomo lagi pada musim pilihanraya yang selanjutnya. Orang2 kampong tidak ambil kisah dan peduli tentang politik kerana yang penting ialah hidup bersama seperti satu keluarga dalam sesebuah kampong. Mereka akan sentiasa melakukan apa2 kerja secara bergotong royong dan dilihat hati mereka seperti bersatu walaupun pada musim pilihanraya mereka berpecah kerana perpecahan itu hanyalah sementara sahaja.
Sekarang, orang2 kampong berpolitik sepanjang tahun siang dan malam. Sebab itu perbezaan tidak dirasakan sangat apabila tiba musim pilihanraya.
Zaman dulu apa sahaja yang menjadi pertikaian dalam soal2 agama, majlis fatwa yang mewakili kerajaan yang memerintah negara akan mengeluarkan fatwa rasminya. Dengan itu, pertikaian pun berhenti kerana semua pihak akur dengan fatwa itu. Sekarang, fatwa pihak kerajaan yang memerintah hanyalah untuk golongan yang menyokongnya sahaja. Golongan yang tidak menyokongnya akan sentiasa mempertikaikannya. Akibatnya, tiada sebarang jalan penyelesaian dicapai dan perpecahan yang berlaku semakin hari semakin melebar diantara orang2 Islam.
Jika ini tidak betul, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?
 

No comments:

Post a Comment