Monday 1 April 2013

MyDiary (108)

MyDiary (108)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).

‘Hot UMNO' vs ‘Cool PAS'

Pada masa ini tiadalah lagi apa-apa yang boleh saya tulis setelah lebih kurang 4 tahun saya menulis tentang UMNO Pasir Puteh. Ini adalah kerana pilihanraya sudah diambangnya atau ‘is just around the corner’ dan saya masih tetap dengan prinsip saya bahawa UMNO Pasir Puteh boleh memenangi PRU13 ini hanya jika dua (2) isu dapat dipecah atau diselesaikan. Kedua-dua isu ini ialah perpaduan parti dan pengundi luar.

Selama masa yang telah dilalui itu, saya tidak tahulah sejauh mana tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh keatas kedua-dua isu itu. Yang saya tahu, kedua-dua isu ini masih lagi dianggap oleh ramai ahli-ahli UMNO sendiri sebagai dua faktor utama yang akan memberi kesan ketara keatas parti UMNO Pasir Puteh dalam PRU13 ini nanti.

Saya tidak menafikan jika dikatakan bahawa kepimpinan Bahagian ada melakukan usahanya tetapi apa yang saya tahu ialah usaha itu tidak menampakkan sebarang kesan seperti yang diharapkan.

Dua tiga malam lepas dua orang sahabat saya dari Kuala Lumpur berkunjung kerumah saya untuk mendapatkan pandangan saya. Mereka berdua adalah orang-orang penting UMNO Bahagian Pasir Puteh dan penggerak utama parti. Selain daripada perbualan politik yang lain, saya telah nyatakan pendirian saya dengan tegas dan jelas bahawa UMNO Pasir Puteh melalui BN akan mampu menang jika sekiranya betul-betul terdapat sekurang-kurangnya 1,000 orang-orang PAS disetiap DUN dalam Parlimen Pasir Puteh yang diyakini akan berpaling tadah mengundi BN dalam PRU13 ini. Jika angka ini tidak dicapai, saya nyatakan bahawa agak sukar untuk UMNO Pasir Puteh mencapai impiannya. Mereka berdua tidak menolak bahkan bersetuju.

Tentang perpaduan dalaman parti pula, saya telah nyatakan pandangan saya bahawa ianya tidak lagi boleh dibuat apa-apa jika senario yang ada pada hari ini menunjukkan bahawa UMNO Pasir Puteh ‘hot’ atau panas sedangkan PAS pula dilihat ‘cool’ atau sejuk. Ini adalah kerana perpaduan mampu dicapai hanya apabila sesebuah parti itu melalui kepimpinannya berada didalam keadaan tenteram dan tenang. Jika sebaliknya, bukan sahaja perpaduan yang diharapkan itu tidak boleh dicapai, bahkan perbalahan sesama sendiri pun mungkin tercetus dengan semakin serious.

Oleh itu, apa pun keputusan yang akan berlaku, saya hanya berharap supaya ahli-ahli di bawah tidak dipersalahkan nanti. Mereka tidak ada apa-apa kepentingan kecuali mahukan supaya UMNO dan BN menang dan semuanya bergantung hanya kepada persoalan apakah benar-benar terdapat sekarang 1,000 orang-orang PAS seperti itu di setiap DUN, jika pun isu perpaduan dan pengundi luar tidak sempat hendak ditangani?

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No ahli UMNO 03924693
Semerak.

No comments:

Post a Comment