Tuesday 29 January 2013

Terbitan Khas

Majlis Bantuan Awal Persekolahan
Sekolah : SK Cherang Ruku, Semerak
Perasmian: YBhg JP Kapt (B) Hj Wan Marzudi Dato' Hj Wan Omar
Masa: 2.00 ptg

Ucapan yg telah disampaikan oleh YBhg JP Kapt (B) Hj Wan Marzudi telah mendapat perhatian dan sambutan oleh orang ramai kerana mengandungi banyak perkara yang boleh menyedarkan orang2 melayu tentang bahaya ancaman ideologi komunisma yang boleh memecahbelah dan melemahkan orang2 melayu. Ancaman ini sedang menyerang perpaduan orang2 melayu melalui parti DAP, sebuah parti yang tahu bahawa untuk menguasai orang2 melayu, caranya ialah dengan melaga2kan orang2 melayu sendiri, bukan diantara orang melayu dan orang cina atau orang melayu dan orang india.

Komen saya: -
Mereka sudah mencuba habis-habisan melakukannya melalui kuasa politik dan ekonomi selama ini tetapi kaedah2 ini tidak memberi kesan segera yang diharapkan. Sekarang mereka mahu mencuba pula dengan cara mengganggu ketenteraman dan perpaduan orang2 melayu melalui jarum halus mereka untuk melemahkan pegangan agama orang2 melayu terutamanya kaum muda atau belia. Ini sedang dilakukan apabila pemimpin2 sebuah parti orang2 melayu yang kononnya memperjuangkan agama Islam sudah terperangkap di dalam 'jerat' mereka. Dengan isu kalimah Allah, mereka berjaya menyuntik 'virus' bahaya ke dalam masyarakat orang2 melayu sehinggakan dikalangan pemimpin2 PAS sendiri pun bertelagah sesama sendiri. Saya berpendapat kalaulah isu kalimah Allah ini pun PAS tunduk kepada DAP dan tidak boleh berbuat apa2 untuk mempertahankannya, saya rasa orang2 melayu harus mulai sedar bahawa UMNO sahajalah yang boleh diharapkan. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap hari dan dimana-mana pun sokongan kepada parti UMNO semakin meningkat semula kerana orang2 melayu sudah mulai sedar bahawa parti PAS tidak pun mampu mempertahankan kalimah Allah, apalagilah untuk mempertahankan perkara2 lain seperti hak-hak, ekonomi dan kuasa politik orang2 melayu. 
Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment