Saturday 26 January 2013

MyDiary (103)


MyDiary (103)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).

KELEMAHAN LAMA JENTERA UMNO DUN N31 SEMERAK
“Program Jawatankuasa Penerangan BN DUN N31 Semerak yang dijadualkan berlangsung pada malam 27hb Januari, 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Telaga Papan, Semerak telah terpaksa berpindah tempat dalam saat-saat akhir gara-gara Pengerusi JKKKP Mukim ini tidak memberikan kebenaran untuk jawatankuasa ini menjalankan aktivitinya di Dewan ini.
Perkara ini harus disiasat dan diambil tindakan serta merta oleh pihak yang bertanggungjawab jika didapati alasan yang diberikan oleh Pengerusi JKKKP yg berkenaan itu tidak wajar dan munasabah. Ini adalah kerana program yg hendak dilangsungkan ini adalah program parti dibawah Jawatankuasa Penerangan DUN yang melibatkan ratusan orang2 kampong yg akan hadir dan sememangnya telah pun dijalankan beberapa kali di tempat2 lain sebelum ini sejak JP Kapt (B) Hj Wan Marzudi Dato' Hj Wan Omar membiayainya dua bulan yg lalu.
Pilihanraya sudah semakin hampir, maka sebarang masalah sesama sendiri harus dikurangkan.
Di atas itu ialah ‘posting’ saya di dalam salah satu daripada wall saya dalam Facebook. Ianya menggambarkan betapa adanya lagi orang-orang yang memegang jawatan penting politik diperingkat kampong yang masih ketinggalan sikap mereka. Mereka yang seperti ini masih mahu menunjukkan sikap lama mereka dengan cara mahu dihurmati seperti pembesar negeri padahal orang-orang kampong itu sendiri pun jauh lebih maju dan berpendidikan daripadanya. Orang-orang seperti ini mahu supaya apa sahaja yang ingin dibuat hendaklah sentiasa meminta kebenaran daripadanya secara ‘formal’, tidak cukup hanya dengan percakapan walaupun dalam soal hendak menggunakan dewan orang ramai seolah-olah dewan itu hakmilik persendiriannya. Mereka merasa seolah-olah merekalah yang paling berkuasa di dalam mukimnya itu kerana ‘jawatan kerajaan’ yang disandangnya itu. Mereka tidak mahu pergi kepada orang ramai tetapi orang ramailah yang dikehendaki mencari mereka jika orang ramai mempunyai apa-apa urusan yang hendak diselesaikan.

Saya melihat situasi seperti ini sebagai sesuatu yang amat merugikan UMNO. Dalam masa kita mengerah tenaga untuk memperkasakan semula parti dengan usaha-usaha akhir menyatukan semula orang-orang UMNO, masih lagi terdapat jentera parti sendiri di peringkat kampong yang tidak mahu bersama dengan orang-orang kampong hanya disebabkan oleh perasaan ego yang berlebih-lebihan. Saya difahamkan bahawa sudah acap kali juga dibuat program di kampong ini oleh orang-orang kampong sendiri dan sentiasa menjemput Pengerusi JKKKP yang berkenaan itu tetapi tidak sekali pun beliau hadir. 

Apakah orang-orang seperti ini tidak pun merasa bahawa pilihanraya sudah semakin hampir, maka apa yang paling penting sekarang ialah buang segala tabiat buruk dan bersatu padu?

Atau apakah orang-orang seperti ini sebenarnya tidak mahu mengambil kisah lagi tentang pilihanraya yang akan dihadapi kerana tidak yakin boleh memenanginya?

Atau apakah orang-orang seperti ini sebenarnya tidak pun mahu UMNO dan BN memenangi pilihanraya kerana merasa lebih selesa berada didalam kekalahan?

Seandainya mana-mana satu di atas itu benar, saya cadangkan lepaskanlah jawatan yang disandang itu untuk berehat dan tidak mengganggu lagi urusan orang-orang lain yang bertungkus lumus ingin membantu parti.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

No comments:

Post a Comment