Sunday 3 February 2013

MyDiary (105)

SIKAP USANG KEPIMPINAN UMNO

UMNO dan Barisan Nasional masih merupakan sebuah parti dan gabungan parti-parti yang masih menjadi sandaran dan harapan rakyat Malaysia untuk kekal memerintah Malaysia. Walau bagaimana pun, kekurangan yang ada masih belum mahu diperbaiki dan diperbetulkan walaupun ditegur dan dikritik oleh orang-orang UMNO sendiri. Sikap ego dan sombong sesetengah pemimpinnya diperingkat Bahagian dan DUN contohnya, telah membuatkan orang-orang UMNO sendiri merasa jemu dan dingin terhadap parti UMNO walaupun mereka menyayanginya.
Oleh itu, sesuatu harus dilakukan segera oleh pucuk kepimpinan parti diperingkat pusat untuk memperbetulkan sikap sebahagian daripada mereka ini sebelum terlambat. 


Kalau pun mereka tidak ingin mendengar apa-apa dari orang lama, sekurang-kurangnya hurmatilah mereka sebagai orang-orang yang lebih tua dalam parti. Janganlah membudayakan sikap buruk ini kepada generasi kemudian. Jika tidak, reformasi yang sedang ditekankan oleh YAB Presiden parti sendiri tidak akan tercapai.

Salam 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment