Baru sekarang nampak jelas mengapa pemimpin2 UMNO di peringkat Bahagian
dikatakan sangat banyak wang dimiliki semasa dan selepas PRU13 yang
lalu.
Ada kata2 bahawa mereka memiliki berjuta2 wang dalam simpanan
tetapi tiada siapa yang tahu dari mana wang itu diperolehi mereka.
Sekarang baru jelas bahawa wang itu dari PM Najib sendiri apabila beliau
mengagihkannya untuk tujuan mengekalkan kemenangan BN sekaligus
mengekalkan juga kuasanya sebagai Perdana Menteri.
Orang2 UMNO sudah
tentulah tidak merasa perbuatan seperti ini sebagai sesuatu yang salah
bahkan mempertahankannya sebagai sesuatu yang biasa dan wajar walaupun
wang itu datangnya dari dana kerajaan. Mereka tidak pernah menganggap
wang yang diperolehi itu sebagai sesuatu yang berbentuk suapan atau
rasuah politik.
Sekarang rabu sudah berjumpa dengan khamis.
Langit tidak selalu cerah.
Sebab itu saya ada cadangkan bahawa jika kerajaan yang ada ini boleh
bertukar tangan, jentera semua peringkat yang ada hubungkaitnya secara
langsung dengan kerajaan hendaklah ditukar ganti atau dimansuhkan dengan
serta merta termasuk JPP.
Ini kerana kewujudan JPP pun hanyalah semata2 untuk membantu parti UMNO sahaja.
Sebab itu selama ini UMNO dan JPP seperti kentut dengan tahi. Sama
busuknya walaupun yang satu pepejal manakala yang satu lagi angin.
No comments:
Post a Comment