kita biasa melihat pada mulanya awan kecil sahaja
kemudian menjadi besar dan hitam
tak lama selepas itu hujan pun turun dengan lebat bersekali dengan ribut dan petir
kadang2 petir menyambar sana sini terutamannya pokok yang tinggi
jika hujannnya terus lebat dan berpanjangan
terjadilah banjir besar
ada yang sempat lari
ada yang tidak
ramailah juga yang menjadi mangsa
begitulah juga dengan kemarahan rakyat terhadap pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat
kemarahan ini pada mulanya kecil sahaja
kemudian menjadi besar dan bergelora
tak lama selepas itu perarakan pun berlaku dengan hebat secara besar2an
kadang2 pihak berkuasa pun tidak lagi mampu menahan kemaraan kumpulan yang sangat besar ini
jika tuntutan tidak ditunaikan
terjadilah paksaan mengheret pemimpin itu turun
orang2 kuatnya ada yang sempat lari
ada yang tidak
ramailah juga yang akan menjadi banduan
No comments:
Post a Comment