Sunday, 5 July 2015

Kerajaan Baru dan Kerja Baru


Banyak kerja yang perlu dibuat jika sekiranya PM Najib meletakkan jawatan dan 1MDB dimansuhkan atau pun asetnya dibekukan.
Kerja2 yang akan memakan masa mungkin panjang.
Ini termasuk mencari dan mendapatkan semula wang2 yang telah dilarikan itu.
Kalau pun tak boleh semua cubalah setakat mana jumlah yang boleh walaupun payah kerana itu adalah wang rakyat.
Selepas ini, rakyat akan membuat keputusan dalam PRU14 samada mahu mengekalkan lagi kuasa BN atau pun tidak.
Melihat pada senario sekarang kemungkinan besarnya tidak.
Jika inilah yang berlaku, maka kerja membaikpulih ekonomi negara menjadi kerja paling utama kerajaan yang baru.
Kementerian Kewangan yang menjadi portfolio paling utama hendaklah diasingkan dari Jabatan Perdana Menteri seperti sebelum ini. Menterinya hendaklah bukan dari kalangan orang politik dan dilantik berdasarkan latar belakang pengalaman bidang ekonomi dan kewangannya serta diketahui sangat jujur dan amanah serta berani. Diantara mereka yang layak sebagai contoh, Presiden PNB.
Begitulah juga dengan Kementerian Pelajaran, Pertahanan dan Dalam Negeri.
PM dan TPM tidak perlu memegang kementerian2 lain kerana peranannya di peringkat tertinggi ini sudah merangkumi semua kementerian di bawah mereka. Biarlah seorang menteri dengan satu portfolio sahaja. Sama seperti seorang Pengetua sekolah yang tidak memegang jawatan Penolong Kanan atau Guru mata pelajaran.
Selain daripada itu, pecahkan juga mana2 kementerian yang melebihi satu portfolio. Contoh, MITI, KPDNKK, Belia dan Sukan, Keluarga dan Wanita dan lain2.
Kembalilah kepada asas tujuan sesuatu kementerian itu diwujudkan.
Diantara kerja2 lain yang perlu diutamakan termasuklah juga mengkaji semula semua perkara yang ada kaitan secara langsung dengan keperluan asas rakyat seperti pelajaran, kesihatan, jalanraya, bekalan air dan api elektrik dan pengangkutan. Jika pun tidak boleh disediakan secara percuma, bayarannya hendaklah minima.
Rakyat jelata memerlukan kerajaan yang berkhidmat bukan kerajaan yang berhormat sahaja.
Jika boleh istilah YB lama pun ditukarkan kepada YB baru iaitu Yang Berkhidmat.

No comments:

Post a Comment