Monday, 13 July 2015

Orang Melayu dan Low Yat (Bahagian 1)

Saya pun bukan nak perhuduh atau perlekehkan bangsa sendiri jauh sekali dengan niat hendak memuji2 bangsa lain terutamanya cina.
Kalau kita perhatikan betul2 remaja melayulah yang paling ramai terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, curi motosikal, curi kabel, pecah rumah, merempit, ragut, lepak di pasar2 raya tanpa arah tujuan dan membuang masa.
Peratusan remaja cina dan india amat sedikit berbanding remaja melayu.
Saya tidak menafikan aktiviti menipu ada dijalankan di pusat membeli belah seperti di low yatt ini oleh peniaga2 cina tetapi bagi saya kalau mereka menipu, itu pun adalah kerana disokong oleh pembeli2 melayu sendiri juga.
Sekurang2nya remaja cina ini rajin bekerja mencari rezeki. Mereka tidak menganggur dan tidak mahu terus bergantung dengan ibubapa di rumah.
Oleh itu, dalam kejadian yang baru berlaku itu, punca sebenarlah yang harus diambilkira.
Jika benar2 terbukti bahawa puncanya ialah remaja melayu itu mencuri, maka kita hendaklah berlapang dada bahawa remaja itulah yang telah menimbulkan masalah bukan peniaga cina itu.
Jika sebaliknya pula, saya masih memilih jalan dan cara yang lain iaitu membuat aduan kepada pihak berwajib seperti KPDNKK contohnya.
Bukan dengan cara menyerang dan menimbulkan kekecohan.
Rumusan akhir saya :
Insiden itu tiada motif politik dan tidak sepatutnya juga diapi2kan dengan sentimen atau provokasi perkauman.


https://youtu.be/Wnq9KyW38mc

No comments:

Post a Comment