Sunday, 5 July 2015

Akaun PM Najib - Peranan PDRM, SPRM dan Bank Negara

1 hr ·
Daripada FB Saifuddin Nasution Ismail..hampir 17 tahun anwar diasak umno/bn dgn pelbagai isu, fitnah dan rekaan. alhamdulillah anwar terus bertahan. 2 kali masuk penjara. pernah difitnah punyai akaun berbilion di luar negara. berbekalkan"bukti" afidavit murad khalid ex bank negara, umno beraya sakan membelasah anwar. semua agensi berkaitan diarah menyiasat. sprm(dulunya bpr) akhirnya mengesahkan tuduhan terhadap anwar tidak benar. tiada secebis bukti pun dpt menyokong tuduhan tersebut. motif umno hancurkan anwar gagal.
hari ini najib menerima serangan yg sama. bukan anwar atau keadilan yg mulakan. tetapi siasatan polis, sprm dan bank negara sendiri yg membongkar duit masuk akaun najib. wsj dan sarawak report siarkan. muhyiddin, shafie dan zahid minta siasatan dibuat ke atas najib. tuduhan lengkap dgn nama bank, slip bank, no acc, tarikh dan amaun. najib punyai seluruh instrumen pemerintah utk mengemukakan bukti bhw itu bukan akaun beliau. bank negara dan ambank boleh mengesahkan itu bukan akaun najib. 48 jam berlalu hanya penafian lemah dibuat oleh najib. reaksi pimpinan umno pula bersimpang siur dan half hearted membela najib.
sementara itu nota anwar dari penjara melalui peguam kpd saya diakhiri dgn mesej berikut "ramadan kareem ...semoga madrasah ramadan mengukuhkan amal dan meningkat daya juang kita meroboh kezaliman dan menegakkan keadilan"

No comments:

Post a Comment