Dulu takdak internet.
Hanya harapkan radio atau tv atau surat2 khabar atau telefon dari kawan2 sahaja untuk dapatkan sebarang berita atau maklumat.
Sekarang melalui internet pun dah lebih dari cukup tak payah tengok tv atau dengar radio atau beli surat khabar.
Sesetengahnya mendahului berita radio atau tv atau surat khabar.
Dulu tak banyak yang boleh didedahkan apa2 tentang mana2 pemimpin
politik kerana media2 yang ada tak boleh siarkan sebarang berita ikut
suka hati mereka kecuali dengan izin atau arahan bos sahaja.
Dan bos itu pula sangat takut jika tersalah lapor dia akan kena saman
atau dibuang kerja jika ada pemimpin politik yang komplen atau naik
marah.
Sekarang segala2nya sudah berubah.
Internet tak kenal bos.
Selagi sesebuah negara itu tidak menyekat kemasukan kemudahan ini,
selagi itulah apa sahaja boleh diakses oleh sesiapa pun dan di mana2 pun.
Sebab itu kadang2 saya duk fikir sepatutya dengan adanya kemudahan IT
ini, pemimpin sesebuah negara yang tak jujur boleh menjadi jujur kerana
tahu dan sedar apa sahaja salahlaku akan mudah diketahui umum.
Pemimpin yang jujur pula akan terus menjadi jujur walau apa pun habuan yang ditawarkan di depan mata.
Namun apa yang terjadi di negara kita sebaliknya.
Pemimpin yang tak jujur menjadi semakain tak jujur.
Bahkan yang yang jujur pun menjadi tak jujur pula.
Heran saya dengan kebabilan manusia.
No comments:
Post a Comment