Kejadian di Low Yat telah mengundang pelbagai persepsi masyarakat.
Ada yang percaya bahawa sememang puncanya dari seorang remaja melayu
yang melarikan handphone dan mengambil sikap bahawa itu adalah jenayah.
Ada yang percaya seperti itu juga tetapi menganggap perbuatan itu bukan
lagi penting tetapi penipuan dan keangkuhan peniaga2 cina selama inilah
yang lebih utama. Golongan ini mengambil sikap bahawa kejadian mencuri
itu hanyalah sebagai pencetus yang ditunggu2 sahaja.
Ada
juga yang langsung tidak percaya bahawa remaja melayu itu mencuri
sebaliknya ditipu walaupun pihak polis sendiri yang mengesahkannya.
Itulah secara kasar dan ringkas perbezaan pendapat yang terpancar dari
Facebook yang menggambarkan sikap yang berbeza2 dikalangan orang2
melayu.
Saya berpendapat golongan kedualah yang mempunyai kelebihan
dan alasan yang paling munasabah. Mereka lebih tahu mengapa rusuhan itu
terpaksa juga dilakukan walaupun ianya melanggari undang2. Mereka adalah
melayu2 Kuala Lumpur yang lebih merasai tekanan hidup berbanding
melayu2 yang tinggal di kampung2 berjauhan.
Itulah kelebihan yang ada pada mereka sebagai orang bandar.
Namun mereka lupa bahawa mereka juga mempunyai kelemahan tradisi
sebagai orang melayu. Kelemahan inilah yang telah menyebabkan peniaga2
cina mengambil kesempatan keatas orang2 melayu Kuala Lumpur.
Setiap
kali brand baru handphone keluar, maka berduyun2 dan berebut2lah orang2
melayu Kuala Lumpur ini ke pusat2 jualan termasuk di Low Yat ini. Kalau
boleh hari ini keluar hari ini jugalah hendak ditukarnya walaupun yang
lama itu masih elok dan memadai.
Menggunakannya bukanlah penting
tetapi merasa bangga menjadi utama terutamanya apabila pulang ke kampung
sekali sekala sambil membawa kereta baru.
Mereka juga lupa dan
tidak sedar bahawa mereka pulang itu pun kerana mereka adalah 'melayu' dan
bila disebut 'melayu', secara otomatik dan sinonim mereka adalah orang2 yang
berasal dari kampung, bukan bandar.
Pulang semata2 untuk melepas
rindu terhadap ibubapa dan sanak saudara yang tidak pernah berpeluang berkunjung ke
Low Yat, kompleks membelibelah kebanggaan mereka itu.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir & Batin.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/videos/2015/07/13/handphone-salesman-not-a-liar-says-igp/
No comments:
Post a Comment