Wednesday, 15 July 2015

Longgokan Barangan Palsu dan Dadah Dalam Malaysia


Tulisan saya ini tiada kena mengena dengan rusuhan yang berlaku di Low Yat beberapa hari yang lalu.
Saya hanya ingin menyentuh tentang gejala perniagaan yang melibatkan klon telefon bimbit yang berleluasa sahaja.
Pada pengamatan saya, perniagaan yang melibatkan klon-klon telefon bimbit sudah lama berlaku dan ianya bukan di Kuala Lumpur sahaja tetapi di seluruh negara.
DI Kota Bharu atau di mana-mana pun terdapat telefon-telefon bimbit seperti ini. Saya tidak tahu dari mana datangnya dan bagaimana barangan ini boleh masuk. Yang pasti pelanggan yang membelinya tertipu kerana bukan semua mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk memeriksanya secara spontan sewaktu membuat pembelian.
Gejala ini sama seperti tidak terkawalnya kemasukan dadah ke negara kita. Pihak berkuasa tidak mampu mengawalnya dengan berkesan malahan semakin dikawal semakin rancak dan banyak yang masuk.
Saya ingin cadangkan kepada kerajaan supaya mulai belajar dari negara-negara yang mempunyai sistem kawalan masuk barangan palsu ini ke dalam negara mereka secara berkesan dan tidak merugikan negara mereka. Carilah mana-mana negara seperti ini dan hantar pegawai-pegawai Kastam dan Polis ke sana untuk belajar dari mereka.
Tidak cukup dengan hanya berbangga ke negara yang mundur dan bercakap tentang kemajuan negara kita seperti program Permata contohnya, lalu berkata bahawa mereka ingin mencontohi program ini dari kita dan sebagai membalas budi baik, kita diberikan cenderamata mahal untuk dipakai.
Tidak cukup dengan mengenakan pelbagai sistem cukai baru keatas rakyat.

Tidak cukup juga dengan penguatkuasaan undang-undang sedangkan sempadan masih boleh dibolosi dengan mudah.

No comments:

Post a Comment