Sejak kecil lagi saya berkawan dengan orang2 cina.
Bermula di kampung sehinggalah ke bandar2 seperti Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.
Sejak dari alam persekolahan hinggalah ke alam kerja.
Sememangnyalah orang2 cina boleh dianggap sebagai kaum dan bangsa yang
sombong dan suka menindas termasuklah menipu orang2 melayu.
Namun, bukan semua begitu.
Saya tidak melabelkan semua orang cina begitu hanya kerana mereka cina yang dilahirkan dari perut ibu cina.
Bahkan ramai juga diantara mereka yang lebih baik berbanding orang2 melayu.
Ramai juga yang suka menolong orang2 melayu melebihi orang2 melayu sendiri.
Ramai juga diantara mereka yang lebih jujur malahan ada juga pun yang ditipu oleh orang2 melayu akibat kejujuran mereka.
Mungkin sistem dan kurikulum pendidikan dahulu lebih memberikan tumpuan kepada soal kerjasama dan integrasi kaum.
Sejak akhir2 ini tumpuan dan tekanan kearah itu tidak lagi dijadikan
keutamaan dalam sistem pendidikan dan kemasyarakatan berbilang kaum.
Saya lebih suka melabelkan orang2 cina sebagai kaum dan bangsa yang
berdisiplin dan saya tidak menjadikan asuhan sejak dari kecil yang
diasas dan diterapkan oleh orang2 tua dahulu bahawa cina ialah 'tokpek'
sebagai pegangan mutlak dalam kehidupan saya.
Selain diajar haram bersentuhan kulit dengan mereka, meninggal pun tidak dibenarkan menyebut 'mati' tetapi 'mapuh'.
No comments:
Post a Comment