Program anak angkat pelajar universiti sedang berlangsung di Semerak.
Tidak diketahui anjuran siapa kerana saya tidak dimaklumkan walaupun
program diadakan dalam kawasan perumahan dimana saya tinggal.
Pelajar-pelajar disuruh berjalan kaki melawat rumah-rumah dalam kawasan
itu untuk menjemput penghuni hadir ke satu majlis dimana pegawai KPNDKK
akan membuat ceramah.
Satu lagi contoh sikap sombong dan angkuh
pemimpin kampong BN yang semakin hari semakin menjadi2 sejak BN
mengambilalih kerusi DUN Semerak.
Tidak mahu memaklumkan kepada
penghuni secara umum atau menyeluruh tetapi memilih2 namun mahukan orang
ramai hadir jika ada program yang dihadiri oleh pegawai kementerian
untuk tujuan 'meramaikan' orang sahaja supaya program dilihat ada
sambutan dan pemimpin2 tempatan ini pandai serta dihormati padahal
sebenarnya tidak.
No comments:
Post a Comment